Memilih cermin mata atau kaca mata mungkin agak sukar bagi sesetengah individu. Lebih-lebih lagi bagi para wanita yang bertudung yang risau boleh menjejaskan bentuk tudung mereka.
Untuk pengetahuan anda, pemilihan cermin mata kebiasaannya dibuat berdasarkan bentuk muka. Apabila anda sudah mengetahui bentuk muka anda, ia akan lebih mudah untuk anda membuat keputusan sama ada ingin menggunakan cermin mata bingkai tebal atau nipis ataupun bentuk bulat atau empat segi dan sebagainya.
Menggunakan cermin mata yang bersesuaian bukan sahaja akan memberikan anda imej yang lebih bersesuaian apabila berada di luar, tetapi juga menjamin keselesaan sepanjang memakainya.

Bagaimana Anda Boleh Menentukan Bentuk Muka Anda?
Antara cara yang mudah untuk menentukan bentuk muka anda adalah dengan melakukan ukuran berikut:
- Dahi – Ambil pita pengukur dan lakukan ukuran dari bahagian lengkungan kiri dan kanan di atas kepala
- Tulang pipi – Ukur di pipi atas anda pada setiap sudut luar dan bawah setiap mata.
- Garis rahang – Ukur rahang ke seluruh muka anda bermuka dari telinga.
- Panjang muka – Ukur dari tengah garis rambut anda hingga ke hujung dagu anda.
Apabila sudah menentukannya, kemudian tuliskan empat ukuran ini. Perhatikan yang paling besar, dan gunakan maklumat di bawah untuk menentukan bentuk wajah anda.

- Bulat – Tulang pipi dan panjang muka mempunyai ukuran yang serupa selain mempunyai nilai ukur yang lebih besar dari dahi dan garis rahang.
- Oval/Bujur – Panjang wajah lebih besar daripada lebar tulang pipi, dan dahi lebih besar daripada garis rahang. Sudut rahang juga berbentuk seakan bulat.
- Bersegi/Petak – Semua ukuran agak serupa. Sudut rahang tajam.
- Segitiga – Garis rahang besar sementara tulang pipi dan dahi adalah paling kecil.
Bentuk Muka Bujur
Bentuk muka bujur dianggap ideal kerana perkadaran yang seimbang untuk bahagian kiri dan kanan muka.
Untuk mengekalkan keseimbangan semulajadi bentuk muka bujur, anda boleh mencari saiz bingkai dengan diameter yang lebar atau luas. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencari bingkai kaca mata yang tebal untuk menyerlahkan bahagian mata anda.
Sehubungan dengan itu, bingkai cermin mata yang paling sesuai untuk muka bujur adalah:
- Cermin mata petak atau segi empat tepat
- Cermin mata berbentuk geometri atau bersegi

Bentuk Muka Bulat
Bagi yang memiliki bentuk muka bulat, bingkai kaca mata bersegi sesuai untuk untuk anda. Elakkan dari memakai bingkai yang berbentuk bulat kerana ia akan membuatkan muka anda lebih kelihatan bulat dan besar.
Oleh itu, antara gaya yang boleh menjadi pilihan anda adalah:
- Cermin mata petak atau segi empat tepat
- Cerrmin mata cat-eye
- Cermin mata bingkai geometri

Bentuk Wajah Bersegi
Untuk anda yang mempunyai bentuk muka atau wajah yang bersegi, bingkai kaca mata berbentuk bulat lebih sepadan buat anda.
Individu dengan muka berbentuk bersegi juga kelihatan hebat dalam cermin mata seperti cat-eye. Selain itu, cermin mata bujur membantu melembutkan garis sudut wajah anda.

Jadi, jenis cermin mata manakah yang bersesuaian dengan bentuk muka anda? Tips lain juga, anda boleh memilih cermin mata yang berbeza dengan kontur muka anda yang mana ia akan menampilkan simetri dan keseimbangan pada ciri-ciri yang ingin ditonjolkan.
Sumber: Marvel Optic