Carian
Mengapa Warna Iris Mata Individu Berbeza – Ada Warna Coklat, Ada Warna Hitam?
June 14, 2024 Lina Rosli

Pernahkah anda perasan bahawa terdapat segelintir individu mempunyai warna mata yang berbeza dengan anda? Mengapa ia terjadi?

Untuk pengetahuan anda, bahagian berwarna dalam mata dikenali sebagai iris. Warna itu berasal dari pigmen coklat yang dipanggil melanin yang mana ia adalah pigmen yang sama yang menyebabkan warna perbezaan warna kulit.

Menurut World Atlas, sebilangan besar penduduk dunia mempunyai warna mata coklat iaitu sekitar 79% dan ia mempunyai jurang jumlah yang tinggi untuk dengan individu dengan mata bewarna biru kira-kira 8%, hazel 5%, amber 5%, hijau sekitar 2% dan kelabu pula kurang daripada 1%

Dan apa yang menarik adalah 86% individu yang mempunyai warna mata hijau dan biru adalah masyarkat yang berasal dari Ireland dan Scotland.

Apakah Yang Menyebabkan Perbezaan Warna Iris Mata?

Seperti yang anda sedia maklum, warna mata yang paling biasa dimiliki oleh individu di seluruh dunia adalah warna coklat. Ia berikutan warna mata cenderung didapati mengikut genetik dengan gen untuk mata yang dianggap dominan.

Ini bermakna jika salah seorang daripada ibu bapa anda mempunyai warna mata selain daripada coklat, tetapi seseorang mempunyai mata coklat, anda juga akan mempunyai mata coklat.

Warna mata anda juga ditentukan oleh cara iris anda menyerakkan cahaya semasa ia melaluinya, dipanggil penyebaran Rayleigh, dan jumlah melanin dalam kulit anda. Melanin adalah pigmentasi kulit yang dihasilkan oleh badan anda. Semakin banyak melanin anda, semakin gelap mata anda.

Para saintis berpendapat bahawa dahulu apabila seseorang tinggal di iklim panas di mana ia cerah sepanjang tahun, setiap orang mempunyai mata coklat. Hal ini kerana, iris gelap berkemungkinan besar berfungsi untuk melindungi mata daripada rosak oleh sinaran ultraungu dan cahaya matahari yang terang.

Manakala di negara Barat dan beriklim sejuk pula, warna mata akan menjadi lebih cerah, yang mungkin menjadikannya lebih mudah untuk melihat dengan lebih baik semasa musim sejuk yang sejuk dan gelap. Dan antara golongan yang mempunyai variasi warna mata yang meluas adalan masyarakat Eropah. Anda akan mendapati bahawa mereka memiliki warna mata bermula dari coklat gelap hingga biru muda.

Sementara masyarakat di Amerika Tengah, Amerika Selatan dan beberapa negara Timur Tengah pula cenderung mempunyai warna mata seperti warna hijau, biru dan hazel.

Bolehkah Warna Mata Berubah Selepas Beberapa Tempoh Hayat?

Jawapannya tidak. Warna mata biasanya kekal sama sepanjang hayat seseorang.

Walau bagaimanapun, untuk sesetengah kes, ia boleh berlaku sebaliknya. Warna mata boleh berubah sekiranya anda mempunyai keadaan atau gangguan kesihatan yang boleh menyebabkan perubahan warna mata.

Namun, untuk individu biasa yang tidak mempunyai sebarang penyakit atau lain-lain, warna mata sewaktu bayi akan sama sehingga anda meningkat usia.

Warna mata anda mungkin kelihatan berubah sedikit dari semasa ke semasa. Contohnya, mata anda mungkin kelihatan seperti warna biru yang lebih gelap jika anda memakai baju biru. Perubahan warna berlaku apabila cahaya memantulkan objek di sekeliling anda.

Komen