Luckin Coffee Dilihat Akan Buka Dua Lagi Cawangan Di Sekitar Lembah Klang – Bangsar South Dan Juga Sunway Velocity 2
Lina Rosli
Selain di Sunway Pyramid, Luckin Coffee turut memperlihatkan dua buah cawangan lain yang bakal dibuka sekitar suku pertama 2025 ini – iaitu di Bangsar South dan juga Sunway Velocity 2.
Bagi yang tidak mengetahui, Luckin Coffee merupakan sebuah jenama kopi terkenal dari China yang menawarkan barisan pilihan minuman berasaskan kopi.
Ditubuhkan pada tahun 2017 di China, Luckin Coffee telah menjadi nama besar dalam dunia kopi. Jenama ini dikenali kerana menawarkan kopi berkualiti dengan harga berpatutan, selain memanfaatkan teknologi untuk pengalaman pembelian yang pantas dan moden.

Dan pada Mac 2023, Luckin Coffee secara rasmi membuka dua cawangan pertama mereka di Singapura, menandakan langkah besar dalam pengembangan jenama kopi terkenal dari China ini ke Asia Tenggara.
Sama seperti di China, menu di Singapura turut menampilkan dua kategori utama, iaitu “Classic Coffees“ dan “Best Sellers“, memberikan pelanggan pengalaman kopi yang serupa dengan yang dinikmati di China.

Dengan ini, untuk pasaran Malaysia kita dapat menjangkakan penawaran yang seakan sama dengan yang telah ditawarkan di Singapura.