Satu-satunya burger tanpa roti dari KFC iaitu Zinger Double Down kini kembali ditawarkan di semua rangkaian KFC berdekatan anda. Dan kali ini, ia akan hadir sebagai menu tetap di dalam senarai hidangan KFC.

Bagi yang tidak mengetahui, menu Zinger Double Down ini menampilkan dua kepingan ayam yang diperbuat daripada 100% daging ayam asli dan kemudiannya dilengkapkan dengan kepingan keju, mayonis dan juga kepingan lembu rangup.

Selari dengan penawaran ini, anda boleh menjangkakan peningkatan harga untuk menu Zinger Double Down bagi set kombo ini.
Untuk mendapatkannya, terdapat 3 pilihan hidangan ditawarkan iaitu:
- Zinger Double Down – RM16.99
- Zinger Double Down Combo – RM 19.99 (harga sebelum RM17.49)
- Zinger Double Down Box Meal – RM 22.99
Jangan lepaskan peluang keemasan anda dan mula pesan set Double Down KFC ini di aplikasi KFC Delivery, ShopeeFood, GrabFood dan FoodPanda bermula hari ini!
Muat turun aplikasi KFC Delivery di Play Store // Muat turun aplikasi KFC Delivery di App Store