Pavilion Bukit Jalil kembali menghidupkan suasana perayaan dengan sambutan Tahun Baru Cina 2025 yang meriah.
Tahun ini, pusat beli-belah tersebut menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden melalui kolaborasi istimewa bersama Disney, menjanjikan pengalaman perayaan yang penuh warna-warni di samping menawarkan promosi dan aktiviti yang istimewa untuk pengunjung dari pelbagai lapisan usia.

Antara aktiviti menarik sepanjang tempoh perayaan termasuklah Kejohanan Tarian Singa Malaysia & Antarabangsa 2025. Acara bertaraf dunia ini bukan sahaja meraikan warisan budaya yang kaya tetapi juga membawa keunikan tersendiri bersempena Tahun Ular.
Kejohanan ini menyaksikan penyertaan lebih daripada 50 pasukan dari Malaysia. Setiap pasukan akan bertanding dalam kategori seperti tarian singa tiang tinggi, tarian lantai dan persembahan kreatif.


Tidak ketinggalan, pengunjung juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah eksklusif melalui peraduan dan cabutan bertuah. Barangan khas seperti angpau dan cenderahati edisi terhad turut menjadi tarikan utama yang boleh dinikmati oleh para pengunjung Pavilion Bukit Jalil.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan Tahun Baru Cina di Pavilion Bukit Jalil. Pastikan anda datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman perayaan yang istimewa ini!