Bagi anda yang ingin mengamalkan diet rendah gula, anda mungkin tercari-cari jenis-jenis buah yang mengandungi kandungan gula yang rendah. Ini bagi memastikan jumlah pengambilan gula berada di paras yang tidak terlalu tinggi.
Secara umumnya, terdapat segelintir buah-buahan sebenarnya mempunyai kuantiti gula yang tinggi. Namun, kandungan gula dalam buah ini sebenarnya bergantung kepada jenis buah, tahap kematangan, dan cara ia dihasilkan. Ada buah yang secara semulajadi mempunyai kandungan gula lebih tinggi, manakala ada juga yang rendah gula.

Contoh buah yang tinggi kandungan gula:
- Mangga atau pelam
- Anggur
- Pisang
- Nenas
- Buah dalam tin
Buah-buahan ini cenderung mempunyai rasa manis yang ketara kerana kandungan fruktosa dan glukosa yang tinggi.

Contoh buah yang rendah kandungan gula:
- Avokado
- Lemon dan limau nipis
- Beri (seperti strawberi, beri biru, dan raspberi)
- Jambu batu
- Kiwi
- Tembikai
- Timun
- Pic
Buah-buahan ini sangat sesuai untuk diet rendah gula atau untuk individu yang perlu mengawal pengambilan gula, seperti penghidap diabetes atau mereka yang menjaga kesihatan secara umum. Rata-rata buah ini mempunyai sekitar 2.1g hingga 12g gula per 100g sajian. Buah dengan kandungan gula paling rendah adalah avokado.
Sebagai tips, untuk mengetahui sama ada buah yang anda pilih ini mengandungi kuantiti gula yang rendah atau sebaliknya, boleh ditentukan berdasarkan ciri-ciri utama ini:
- Mempunyai rasa yang kurang manis atau mempunyai rasa yang lebih masam
- Hadir dengan kandungan air yang tinggi
- Mengandungi jumlah serat yang tinggi
- Belum terlalu masak atau ranum