Cawangan BingXue Di Sunway Velocity Mall Kini Mempunyai Sijil Halal JAKIM
Lina Rosli
Cawangan BingXue di Sunway Velocity Mall kini secara rasmi telah memperoleh sijil Halal daripada JAKIM.
Dengan langkah ini, ia sekaligus menunjukkan komitmen BingXue dalam menyediakan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan dan kepercayaan pelbagai pelanggan di Malaysia.
Bukan itu sahaja, kehadiran sijil Halal JAKIM ini memastikan setiap bahan yang digunakan dan proses penyediaan di cawangan tersebut mematuhi piawaian Halal – selain turut memberikan jaminan kepada pelanggan Muslim tentang kebersihan dan status Halal produk yang ditawarkan.

Tambah BingXue juga, pemohonan untuk sijil Halal JAKIM ini tidak hanya terhad kepada satu cawangan sahaja, tetapi bakal diperluaskan ke lebih banyak cawangan lagi di seluruh Malaysia.
Bagi yang tidak mengetahui, BingXue merupakan jenama minuman berasaskan ais seperti shaved ice yang disajikan bersama topping seperti buah-buahan segar, sos manis – turut menampilkan variasi pilihan teh susu premium.