Tahukah anda, Mr. DIY Group kini mengembangkan empayar perniagaannya ke dunia kecantikan dengan membawa masuk The Colorist, sebuah kedai kecantikan dan kosmetik yang menawarkan pelbagai produk menarik pada harga berpatutan.
Dengan pembukaan cawangan di Malaysia, iaitu di Pavilion Bukit Jalil dan Central i-City, jenama ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang ceria dan moden.

Bagi yang tidak mengetahui, The Colorist terkenal sebagai destinasi bagi peminat kecantikan yang ingin mendapatkan pelbagai produk seperti pewarna rambut, alat solek, penjagaan kulit dan banyak lagi. Konsep kedai ini sejajar dengan reputasi Mr. DIY, menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik yang memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.
Apa Yang Menarik Di The Colorist?
Konsep The Colorist memberi fokus kepada ruang membeli-belah yang berwarna-warni dan menarik. Anda juga boleh menemui barisan jenis produk kecantikan dan kosmetik yang sesuai untuk lapisan pelanggan.

Dengan pembukaan di Pavilion Bukit Jalil dan Central i-City, The Colorist menyediakan akses yang mudah untuk pelanggan di kawasan Lembah Klang. Kedua-dua lokasi ini adalah pusat beli-belah utama yang menawarkan pelbagai kemudahan dan menjadi tumpuan ramai.
Mr. DIY Group merancang untuk terus memperluaskan jenama The Colorist ke lebih banyak iaitu sekitar 190 lokasi di Malaysia, membawa konsep kecantikan mesra bajet ini ke seluruh negara.
Jom kunjungi The Colorist hari ini dan nikmati pengalaman kecantikan yang berbeza – hanya di Pavilion Bukit Jalil dan Central i-City!