Carian
Foodpanda: Roti Canai Diumumkan Sebagai Juadah Paling Popular 2024 Dan Pesanan Milo Melebihi 700,000 Cawan
January 8, 2025 Lina Rosli

Foodpanda baru-baru ini mengumumkan trend pesanan makanan dan barangan runcit teratas untuk tahun 2024 – yang dipesan dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia melalui platform mereka.

Dan apa yang menarik, roti canai menduduki tempat teratas sebagai hidangan paling banyak dipesan di foodpanda untuk tahun kedua berturut-turut, diikuti oleh nasi goreng kampung.

Untuk pengetahuan anda, roti canai merupakan juadah ikonik yang bukan sahaja mengisi perut rakyat Malaysia setiap hari, tetapi juga memacu budaya sarapan pagi Malaysia sehingga meraih pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH) pada 2024.

Bukan itu sahaja, foodpanda turut mengumumkan yang mana pesanan untuk minuman tenaga, Milo, telah menerima lebih daripada 700,000 pesanan – bersamaan dengan 24 kolam renang.

Seterusnya, bekal by foodpanda, iaitu perkhidmatan penghantaran makanan pertama yang disahkan secara menyeluruh, terus bertumbuh pesat dengan menghantar lebih 23 juta pesanan yang disahkan halal pada 2024.

Pencapaian ini menunjukkan dedikasi foodpanda dalam menjamin integriti penghantaran yang halal, sambil memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia dengan penuh keyakinan dan kebolehpercayaan.

Pada tahun 2024, pandamart menyaksikan lonjakan permintaan terhadap makanan ruji, dengan lebih 500,000 roti dan lebih 160,000 karton telur dipesan melalui aplikasi. Bukan itu sahaja, barang dapur paling laris 2024 adalah seekor ayam dan juga cendawan enoki.

Di samping itu, penghantar makanan foodpanda turut menunjukkan pencapaian luar biasa pada 2024. Mereka telah mencapai jarak 1,133,768,562 kilometer secara kolektif – turut menerima tip berjumlah RM12.4 juta daripada para pelanggan.

Pada 2024, foodpanda telah memperluas tawarannya secara signifikan, dengan menyenaraikan lebih 24,000 restoran baharu bagi menyediakan lebih pilihan kepada pelanggan di seluruh Malaysia. Daripada jenama terkenal seperti McDonald’s, KFC dan Marrybrown yang terus kekal sebagai tiga restoran teratas, sehingga jenama tempatan seperti Damascus Restaurant, The Douglas Street, dan Sarah Hannah Cafe yang berjaya membina sokongan kukuh dalam komuniti.

Komen