Carian
KFC Golden Crispy Mantou – Menampilkan Menu Baharu Zinger Mantou Dan Chicken & Mini Mantou Combo
January 9, 2025 Lina Rosli

Jika anda sedang mencari sesuatu yang lain daripada menu biasa KFC, mungkin anda boleh mencuba menu baharu mereka sempena Tahun Baru Cina 2025 yang dikenali sebagai Golden Crispy Mantou.

Di dalam siri hidangan ini, KFC memperkenalkan dua pilihan menarik yang menggabungkan kelembutan mantou dan juga kerangupan ayam Zinger KFC – iaitu Zinger Mantou dan Chicken & Mini Mantou Combo.

Apa yang buatkan menu ni lebih menarik? Menu ini didatangkan bersama Savoury Tomato Egg Gravy yang unik dan lazat – menjadikan rasa pedas dan masam pada hidangan ini lebih seimbang.

Untuk mendapatkannya, terdapat 4 pilihan hidangan ditawarkan iaitu:

  • Zinger Mantou Box Meal – RM20.99
  • Zinger Mantou Combo – RM 17.99
  • 2pcs Chicken & Mantou Combo – RM 19.99
  • 3pcs Chicken & Mantou Combo – RM 25.99

Selain mantou, anda juga boleh mendapatkan menu baharu iaitu 8 biji Chewy Cheese, yang merupakan bebola keju yang berwarna-warni pada harga RM12.99.

Jangan ketinggalan untuk mencuba siri hidangan Golden Crispy Mantou kerana menu ini hanya ada untuk masa terhad. Jadi, apa lagi? Jom ke KFC terdekat untuk nikmati sendiri kelazatan menu baharu ini.

Komen