Nespresso mengalu-alukan ketibaan Tahun Baru Cina dengan kempen Unforgettable Taste for New Beginnings, yang diinspirasikan oleh seni simpulan bertuah tradisional dan simbolisme Tahun Ular.
Dari visual motif seni anyaman yang halus hinggalah kepada resipi kopi istimewa dan aksesori yang direka khas, koleksi ini mempamerkan semangat kemakmuran dan permulaan baru musim perayaan dengan sofistikasi signature Nespresso.
Koleksi ini memperkenalkan Vertuo Ginseng Delight edisi terhad baharu, kopi halus yang menyegarkan yang dicipta untuk membangkitkan deria dan merangsang tenaga. Adunan espresso berganda ini diperkaya dengan kemanisan karamel yang lembut dan kehalusan ekstrak ginseng yang kompleks, memberikan rasa yang menyegarkan dan versatil.

Bagi yang meminat, koleksi Ginseng Delight dalam Vertuo Discovery Assortment (RM260.50), pilihan 6-sleeve yang menampilkan kopi Altissio, Colombia, Melozio, Peanut & Roasted Sesame Flavour dan Almond Croissant Flavour, yang menawarkan pelbagai perisa bagi memenuhi setiap cita rasa.
Untuk mereka yang menggunakan mesin Original, mereka boleh mendapatkan Original Discovery Assortment (RM239), 8-sleeve yang menampilkan kopi Arpeggio, Napoli, Volluto, Shanghai Lungo, Istanbul Espresso, Venezia, dan adunan musim perayaan seperti Peanut & Roasted Sesame Flavour dan Almond Croissant Flavour.

Bukan itu sahaja, koleksi Tahun Baru Cina ini turut menampilkan pilihan aksesori dan hadiah – seperti angpau merah Tahun Baru Cina yang dihiasi dengan motif simpulan bertuah ular Nespresso, bersama Lume Gran Lungo Mug edisi terhad Tahun Baru Cina (RM128) dan Foldable Tote Bag Tahun Baru Cina yang boleh didapati sebagai hadiah dengan pembelian.
Untuk ritual kopi yang benar-benar memberangsangkan, Nespresso turut menawarkan dua hamper eksklusif. Hamper Tahun Baru Cina Original (RM186) merangkumi set mug edisi terhad, Kit Cappuccino termasuk set penggoncang koko dan stensil, angpau, dan dua adunan kegemaran ramai iaitu Shanghai Lungo dan Napoli.
Untuk penggemar kopi yang menggunakan mesin Vertuo, Hamper Tahun Baru Cina Vertuo (RM210.50) menampilkan set mug edisi terhad, Kit Cappuccino dengan set penggoncang koko dan stensil, angpau, kopi Ginseng Delight dan Melozio.

Selain itu, Nespresso turut menawarkan promosi menarik untuk Pakej Essenza Mini & Aeroccino 3 Milk Frother dan mesin Vertuo Pop Spicy Red – anda boleh menikmati potongan harga 28% untuk tempoh terhad.