Untuk tahun 2025 ini, Poh Kong berganding bahu dengan Inside Scoop untuk memperkenalkan Gold Bar Cake – pencuci mulut edisi terhad yang menjanjikan kemewahan dan keunikan.
Bagi yang berminat, Gold Bar Cake menggabungkan pelbagai elemen rasa dan tekstur yang memukau. Kek ini menawarkan ais krim genmaicha, mousse genmai, jem limau gedang oren, kek span matcha dan lapisan asas hazelnut feuilletine yang rangup.

Kombinasi ini menghasilkan rasa seimbang antara manis, masam dan sedikit pahit yang sesuai untuk selera pencinta makanan premium.
Bukan itu sahaja, sebagai simbol keberuntungan, 8 kek bertuah akan menyembunyikan Poh Kong 24k Gold Bar (2g). Ini bukan sahaja mencerminkan kemewahan, tetapi juga membawa makna mendalam untuk memulakan tahun baru dengan tuah dan rezeki yang melimpah.

Untuk mendapatkannya, Gold Bar Cake ini hanya tersedia dari 6 Januari hingga 16 Februari 2025, dengan harga RM163. Anda boleh mendapatkannya di semua cawangan Inside Scoop, laman web rasmi mereka, atau melalui GrabFood.