Koppiku Hadir Dengan Siri Minuman Untuk Anda Yang Menggemari Buah Nanas – Nanas Oat Milk Latte, Nanas Espresso Lemonade
Lina Rosli
Bagi anda yang menggemari menu berasaskan nanas, nampaknya siri minuman baharu dari Koppiku pasti akan menarik perhatian anda yang untuk mencubanya.
Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Koppiku dilihat hadir dengan tiga pilihan minuman baharu iaitu:
- Nanas Oat Milk Latte
- Nanas Espresso Lemonade
- Nanas Lemonade

Menerusi pengenalan tiga minuman baharu ini, anda boleh menikmati keunikan gabungan antara buah nanas dan juga kopi yang pastinya menawarkan rasa yang unik.
Rasa masam dan manis pada buah nanas yang dicampurkan bersama rasa pahit kopi dijangka akan memberikan sentuhan yang seimbang – sesuai untuk anda yang ingin menikmati sesuatu yang baharu.
Untuk mendapatkannya, anda boleh mula melakukan pesanan di mana-mana rangkaian Koppiku berdekatan anda – atau lakukan pembelian secara atas-talian menerusi aplikasi GrabFood dan Foodpanda.