Carian
Tudung Naelofar Kini Boleh Dibeli Di 54 Cawangan Terpilih MR.DIY Dan MR.DOLLAR
January 15, 2025 Lina Rosli

Jika anda pernah perasan di kebanyakan cawangan MR.DIY dan MR.DOLLAR telahpun hadir dengan satu ruang khas yang menampilkan barangan dan produk daripada jenama tempatan – yang diperkenalkan menerusi kempen Bersama Satu Beli Lokal.

Untuk inisiatif ini, Mr. DIY dan Mr. Dollar telah bekerjasama dengan jenama-jenama tempatan seperti Lilin+Co, Zoe Arissa, Kamelia Cosmetics, HIAS, Bath Garden, Claire dan banyak lagi.

Dan yang terbaru, Naelofar turut menjadi salah satu jenama tempatan yang memeriahkan kempen Bersama Satu Beli Lokal di 54 cawangan terpilih MR.DIY dan MR.DOLLAR .

Berdasarkan perkongsian MR.DIY, Naelofar hadir dengan penawaran eksklusif di cawangan mereka yang mana jenama ini memperlihatkan sekitar 15 rekaan tudung yang hanya boleh dibeli di MR.DIY dan MR.DOLLAR.

Setakat ini, Naelofar hanya menawarkan dua produk terlebih dahulu iaitu; koleksi Cotton Chiffon Square Assorted yang berharga RM49.90 dan juga cekak rambut pelbagai warna yang berharga RM19.90

Nampanya, dengan lokasi MR.DIY dan MR.DOLLAR yang mudah diakses di seluruh negara, lebih ramai pengguna boleh mendapatkan barisan produk menarik dari Naelofar dan juga jenama tempatan lain di samping memberi impak positif kepada komuniti perniagaan kita.

Senarai lokasi MR.DIY dan MR.DOLLAR yang menawarkan produk Naelofar.

Komen