Muji Malaysia kini melangkah setapak ke hadapan dengan pembukaan kedai pertamanya di pusat beli belah, The Spring Mall, yang terletak di Kuching, Sarawak.
Ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluaskan penawaran mereka di seluruh negara. Langkah ini membolehkan penduduk Sarawak menikmati akses mudah kepada koleksi produk minimalis berkualiti tinggi yang menjadi identiti Muji.

Kedai baharu ini menawarkan pelbagai produk, termasuk pakaian, kelengkapan rumah, produk kecantikan dan makanan – semuanya direka dengan gaya minimalis yang praktikal dan berfungsi.
Dengan komitmen terhadap rekaan berkualiti serta konsep “simplicity and sustainability,” Muji terus menjadi jenama pilihan bagi mereka yang menghargai gaya hidup ringkas dan serba guna.
Bagi penduduk di Sarawak, pembukaan kedai ini membawa pengalaman membeli-belah baharu yang membolehkan mereka melihat, mencuba dan merasai produk secara langsung.

Dalam masa terdekat juga, MUJI Malaysia turut dijangka akan membuka cawangan mereka di Negeri di Bawah Bayu, iaitu Sabah – sekitar suku pertama tahun 2025.
Kehadiran Muji di kawasan Timur Malaysia bukan sahaja memperkukuhkan kehadiran jenama ini di Malaysia, tetapi juga memberikan peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk menikmati produk yang direka untuk kehidupan yang lebih mudah dan teratur.