Kurang Gula, Kurang Harga – Coolblog Berikan Diskaun RM0.20 Bagi Setiap Pesanan Minuman Kurang Gula

January 16, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Tahun baru, azam baru! Bermula 1 Januari, Coolblog kini memberi peluang kepada anda untuk menikmati minuman kegemaran dengan cara yang lebih sihat. Dengan hanya memilih pilihan kurang gula – sama ada half sugar atau slight sugar – anda boleh nikmati diskaun RM0.20 bagi setiap minuman.

Langkah ini pastinya menggembirakan peminat Coolblog yang ingin mengawal pengambilan gula tanpa perlu mengorbankan rasa. Pilihan seperti ini bukan sahaja menjadikan minuman anda lebih mesra kesihatan, malah ia juga sejajar dengan usaha untuk memupuk gaya hidup lebih baik.

Kenapa Memilih Minuman Rendah Gula?

Terlalu banyak gula dalam diet seharian boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Dengan beralih kepada minuman rendah gula, anda dapat:

  • Mengurangkan risiko penyakit kronik.
  • Menikmati minuman dengan rasa asli yang lebih lazat.
  • Mendapatkan berat ideal dengan lebih mudah.

Apa Yang Ditawarkan Coolblog?

Untuk tempoh promosi ini, semua minuman Coolblog yang dipesan dengan gula separuh atau gula suku akan mendapat diskaun istimewa sebanyak RM0.20. Walaupun kecil, potongan harga ini sebenarnya satu galakan besar untuk kita mengubah tabiat pemakanan ke arah yang lebih baik.

Selain itu, Coolblog juga turut memperkenalkan siri Zero Calorie dan Zero Sugar baharu. Untuk siri minuman ini, antara menu yang ditawarkan termasuklah:

  • Jasmine Perfume Lemon Tea (Zero Calorie)
  • Perfume Lemon Assam Black Tea (Zero Calorie)
  • Americano (Zero Sugar)

Sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh singgah ke mana-mana cawangan Coolblog berdekatan dan pilih pilihan kurang gula rendah semasa membuat pesanan. Rasai sendiri bagaimana perubahan kecil seperti ini boleh memberikan impak besar dalam kesihatan anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd