OATSIDE x CASETiFY Memperkenalkan Koleksi Aksesori Baharu Untuk Gajet Anda

January 17, 2025
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

OATSIDE dengan kerjasama CASETiFY menampilkan koleksi aksesori untuk gajet harian anda – yang memperlihatkan ilustrasi yang bertemakan elemen kembali ke sekolah.

Mengimbau nostalgia dekorasi lokar sekolah, koleksi ini menjadikan aksesori untuk telefon pintar, fon telinga, komputer riba dan banyak lagi sebagai kanvas ekspresi diri. Antara sorotan utama koleksi ini termasuklah OATSIDE Custom Locker Case yang boleh disesuaikan dengan nama anda.

Bukan itu sahaja, koleksi ini hadir bersama pelbagai pilihan lain seperti:

  • Sarung telefon pintar untuk iPhone, Samsung, dan Google.
  • Sarung AirPods.
  • Snappy Cardholder Stand, Snappy Grip Stand dan Snappy BioVeg Wallet.
  • Sarung MacBook.

Kesemuanya menampilkan maskot Bearism OATSIDE dan reka bentuk penuh warna seperti Athlete Locker, Slacker Locker dan Popular Girl Locker.

Koleksi OATSIDE x CASETiFY telahpun dilancarkan dan boleh mula dibeli menerusi laman web casetify.com/co-lab, aplikasi CASETiFY Co-Lab dan CASETiFY STUDiOs pada harga bermula RM179 hingga RM359.

Set bundle terhad eksklusif juga akan tersedia secara dalam talian, selagi stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd