Inside Scoop Memperkenalkan Aiskrim Yee Sang – Tersedia Di Cawangan Terpilih

January 20, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bagi peminat aiskrim dan pencuci mulut unik, Inside Scoop kini memperkenalkan inovasi terbaru mereka, iaitu Aiskrim Yee Sang. Hidangan ini membawa kelainan dengan menggabungkan elemen tradisional Yee Sang dan aiskrim berkualiti tinggi yang terkenal daripada Inside Scoop.

Kelihatan meriah dan berwarna-warni sama seperti Yee Sang sedia ada, aiskrim Yee Sang oleh Inside Scoop ini terdiri daripada pelbagai ramuan yang menonjolkan tekstur, rasa dan warna menarik.

Di dalam hidangan ini, anda boleh menikmati:

  • Batang ubi hijau dan merah untuk tekstur rangup.
  • Kepingan badam yang memberikan rasa kacang yang halus.
  • Biskut Bo Chui untuk elemen klasik Yee Sang.
  • Kek red velvet dan jeli yang manis dan berwarna-warni.
  • Serbuk kacang dan mutiara coklat untuk keseimbangan rasa.
  • Sos passionfruit sebagai pelengkap yang memberikan rasa masam manis.
  • Aiskrim Inside Scoop sebagai menu utama.

Untuk menu ini, Inside Scoop menyediakan beberapa pilihan aiskrim – menjadikan setiap suapan sebagai gabungan rasa manis, masam dan rangup yang memuaskan.

Tersedia Di Cawangan Terpilih

Aiskrim Yee Sang ini hanya ditawarkan di cawangan terpilih Inside Scoop, menjadikannya hidangan istimewa yang eksklusif untuk musim perayaan ini. Ia juga sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan semasa perayaan Tahun Baru Cina atau acara istimewa lain.

Jadi, bagi anda yang ingin menikmati kelainan dalam tradisi Yee Sang, pastikan anda mencuba Aiskrim Yee Sang ini sementara stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd