Untuk Ramadan 2025, InterContinental Kuala Lumpur kembali dengan pengalaman kulinari istimewa yang menggabungkan elemen tradisi dan kemewahan.
Melalui kempen Santai-Santai di Serena, pengunjung berpeluang menikmati lebih 200 hidangan yang diinspirasikan daripada citarasa tempatan, bersama sentuhan eksklusif di Serena Brasserie.


Buffet Iftar Yang Mengimbau Kenangan Tradisi
Dari 4 hingga 27 Mac 2025, bufet Santai-Santai Iftar Dinner di Serena Brasserie menawarkan hidangan yang disediakan oleh Chef Eksekutif Rudy Junaidie. Antara menu istimewa termasuk:
- Ayam Bakar Madu: Diperap selama 12 jam dan dimasak sempurna bersama sos istimewa chef.
- Daging Salai Rendang Minang: Menampilkan daging yang lembut, dihidang bersama rempah rendang autentik.
- Kambing Xinjiang dengan Nasi Biryani Bukhari: Gabungan citarasa rempah tempatan dan Szechuan.
- Itik Panggang Gulai Asam Rong: Hidangan tradisional dari Pahang dengan sentuhan buah perah dan getah sekerap.


Aneka Hidangan Untuk Semua Selera
Bufet ini turut menampilkan hidangan fusion lain seperti hidangan berasaskan mi, lauk-lauk kampung seperti kerabu dan banyak lagi. Dengan aneka pilihan juadah ini, ia semestinya mencipta suasana berbuka yang lebih istimewa.
Untuk bufet ini, tawaran harga adalah bermula RM216 seorang untuk pakej berbuka puasa yang turut menampilkan pilihan kuih-muih tradisional, bubur lambuk, lemang, ketupat, variasi pilihan kerabu, hidangan laut yang segar serta pencuci mulut moden.


Promosi Eksklusif Dan Tawaran Harga
Bagi yang berminat untuk mencuba variasi pilihan hidangan ini, harga eksklusif yang ditawarkan adalah:
- RM216 untuk kunjungan pada 4-9 Mac dan 24-27 Mac 2025.
- RM288 untuk kunjungan pada 10-23 Mac 2025


Bukan itu sahaja, InterContinental Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai pakej menarik sempena Ramadan:
- Pakej Mesyuarat Ramadan: Bermula dari RM120 seorang untuk pakej mesyuarat sahaja atau RM230 termasuk buffet iftar.
- Pakej Banquet Buka Puasa: Bermula dari RM228.80 seorang, termasuk kemudahan seperti photo booth, kambing panggang, dan hidangan pasca-acara.
- Pakej Rumah Terbuka Aidilfitri: Bermula dari RM47,000 untuk acara mewah di dewan berhawa dingin yang baru direnovasi.
Manakala untuk kanak-kanak, InterContinental Hotel menawarkan potongan harga untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Sementara kanak-kanak di bawah umur 5 tahun pula, kemasukkan adalah percuma.
Santai-Santai Raya Dinner Dan Hidangan Raya Untuk Dibawa Pulang
Bagi meraikan Aidilfitri, bufet Santai-Santai Raya Dinner turut diperkenalkan bermula 10 hingga 23 April 2025 dengan harga RM288 seorang. InterContinental juga menyediakan gift box eksklusif yang menampilkan dodol, kuih tradisional seperti Kuih Bangkit, serta minuman seperti jus berkarbonat.
Bagi mereka yang inginkan percutian penuh ketenangan, pakej Santai-Santai Stay menawarkan pengalaman menginap bermula dari 4 hingga 27 Mac 2025. Pakej ini merangkumi sarapan, iftar untuk dua orang, serta kemudahan bilik dengan katil bersaiz besar dan complimentary late check-out.

Jadi, jika anda ingin menyambut Ramadan dengan cara istimewa, kunjungi InterContinental Kuala Lumpur untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Untuk tempahan, anda boleh menghubungi talian +603-2782 6000 atau melayari laman web rasmi InterContinental Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang tiada tandingannya ini.