Secret Recipe Memperkenalkan Kek Mango Yoghurt Cheese – Kombinasi Tropikal Dan Keju Yang Menyegarkan
Lina Rosli
Secret Recipe memulakan tahun baru 2025 dengan penuh gaya menerusi pengenalan pencuci mulut terbaharunya, Mango Yoghurt Cheese.
Kek ini dijangka menjadi kegemaran baharu dalam kalangan peminat kek keju – ini kerana ia. menggabungkan kemewahan rasa keju dengan kesegaran mangga tropika yang memikat.

Apa yang menjadikan kek ini istimewa adalah gabungan lapisannya yang sempurna. Bermula dengan asas kek span vanila yang nipis, ia diikuti dengan lapisan keju bakar yang lembut dan panna cotta yogurt yang halus.
Lapisan atasnya dihiasi dengan pulpa buah mangga segar serta jeli kristal yang memberikan rasa manis dan masam yang seimbang.
Kek Terbaharu Dalam Koleksi Secret Recipe
Mango Yoghurt Cheese kini boleh didapati pada harga RM130 untuk satu kek penuh atau RM13 untuk setiap potongan. Kek ini akan mula dijual di cawangan terpilih Secret Recipe di seluruh Malaysia pada 16 Januari, dan boleh didapati di semua cawangan di Semenanjung Malaysia mulai 23 Januari.