Kunjungi Ke GL Play Sewaktu Musim Cuti Sekolah Ini Untuk Menikmati Pelbagai Aktiviti Menyeronokkan

January 21, 2025
destinasi

Lina Rosli

Bermula dari 18 Januari hingga 16 Februari 2025, kunjungi ke lima taman ikonik GL Play iaitu SplashMania Waterpark, Discovery Park, Paya Indah Discovery Wetlands, Quayside dan FunPark untuk mengisi masa lapang anda bersama keluarga – di sepanjang musim cuti persekolahan ini.

Bersama-sama dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung GL Play hadir dengan kempen “Bloom Boom Pow” yang memfokuskan kepada pertumbuhan, keriangan dan keberuntungan.

Dekorasi Oriental Dan “Night Splash” Di SplashMania & FunPark

Taman tema seperti SplashMania Waterpark dan FunPark menampilkan dekokasi yang dihiasi dengan bunga sakura – serta memperlihatkan elemen oriental yang mempesona, mencipta suasana perayaan yang ceria.

Malah, bersempena cuti sekolah ini, acara popular Night Splash turut ditampilkan pada setiap malam Jumaat dan Sabtu bermula dari 17 Januari hingga 15 Februari. Dan eksklusif sempena Tahun Baru Cina, ia turut akan dibuka kepada orang ramai bagi menikmati keseronokan malam sambutan tahun baru.

Kad Permainan “Cuti-Go-Where” – Eksplorasi Selangor Secara Unik

Sebagai sebahagian daripada kempen Visit Selangor 2025, GL Play turut tidak ketinggalan memperkenalkan kad permainan edisi terhad, “Cuti-Go-Where”.

Kad permainan ini meraikan destinasi pelancongan Selangor, termasuk tarikan GL Play dan tempat-tempat popular di negeri ini. Permainan ini sesuai untuk seisi keluarga, menggalakkan hubungan bermakna sambil mempromosikan pelancongan tempatan dengan cara yang menyeronokkan.

Di GL Play juga, pengunjung boleh menikmati persembahan Tarian Singa LED dan Tarian Cina bercahaya, serta alunan muzik Gong Xi oleh DJ. Maskot God of Prosperity dan pasukan GL Play juga akan membuat sesi Temu & Sapa yang menyeronokkan, lengkap dengan pemberian angpow dan limau mandarin.

Promosi “Beli 1, Percuma 1” Di SplashMania

Bukan itu sahaja, dari 28 hingga 30 Januari 2025, GL Play menawarkan promosi beli 1, percuma 1 untuk tiket SplashMania yang mana tiket anda boleh ditebus dari 29 Januari hingga 16 Februari 2025.

Pengunjung yang membeli tiket SplashMania atau FunPark bernilai RM88 ke atas di laman web glplay.com.my berpeluang menyertai cabutan bertuah “Shake It Bloom Boom”. Hadiah menarik termasuk set eksklusif “Cuti-Go-Where”, beg kanvas, botol air, angpow GL Play, dan banyak lagi cenderamata edisi khas.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari www.glplay.com.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd