Furniture And Choice Menampilkan Koleksi Sofa Eksklusif Dengan Rekaan Pleats Ikonik Alia Bastamam

January 21, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Alia Bastamam, nama yang sinonim dengan dunia fesyen mewah Malaysia, kini membawa sentuhan uniknya ke dunia hiasan dalaman – kolaborasi bersama Furniture And Choice.

Untuk kolaborasi Alia Bastamam x Furniture And Choice, ia menampilkan koleksi sofa eksklusif yang menampilkan pertembungan menarik antara seni rekaan fesyen dan kemewahan perabot – sekaligus menawarkan pengalaman baharu dalam menghiasi ruang kediaman.

Gabungan Kemewahan Dan Keselesaan

Koleksi ini menampilkan ciri utama Alia Bastamam iaitu rekaan pleats yang menjadi signature Alia Bastamam. Dan kini, ia diterjemahkan ke dalam reka bentuk sofa yang anggun dan elegan.

Di dalam koleksi ini, setiap perabot dibalut dengan baldu premium yang lembut dan mewah, memberikan rasa selesa tanpa mengorbankan gaya. Antara tarikan utama ialah Amaya dan Ariya, dua reka bentuk unik yang masing-masing menawarkan keanggunan tersendiri:

Sofa Amaya – Pernyataan Sofistikasi

Dengan tempat duduk yang dalam dan kemasan baldu yang mewah, Amaya menyatukan lengkungan artistik dengan pleats ikonik Alia Bastamam. Rekaan ini bukan sahaja mempesonakan tetapi juga mengundang anda untuk berehat dengan penuh gaya.

Untuk sofa ini, ia didatangkan dalam tiga pilihan saiz iaitu saiz satu tempat duduk (1-seater), dua tempat duduk dan juga tiga tempat duduk.

Masing-masing hadir dengan dua pilihan warna iaitu warna beige dan juga warna kelabu – boleh disesuaikan mengikut hiasan dan rekaan dalam rumah ataupun pejabat anda.

Dari segi penawaran harga, anda boleh mendapatkan sofa satu tempat duduk pada harga RM3,299.

Sofa Ariya – Untuk Yang Gemarkan Susun Atur Minimalis

Sementara untuk koleksi Ariya pula, ia hadir sebagai sofa 3-tempat duduk moden dengan rangka lestari yang kukuh. Lengkungan lembut, bantal empuk, dan kemasan baldu mewah menjadikan Ariya pilihan sempurna untuk gaya hidup moden.

Untuk sofa ini, ia dijual pada harga bermula RM3,599.

Koleksi Raya Dan Koleksi Pengantin Alia Bastamam

Bersama-sama pengenalan koleksi sofa eksklusif ini adalah penampilan koleksi Bespoke Raya 2025 dan juga Bridal Series 2025.

Alia Bastamam kekal menampilkan kemasan pleats pada setiap rekaan pakaian.

Sama ada anda mencari gaya sofistikasi yang menenangkan atau keanggunan moden, koleksi ini menawarkan pilihan ideal untuk melengkapkan hari bahagia anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Alia Bastamam untuk meneroka koleksi ini. Sementara untuk miliki sendiri perabot yang direka khas Alia Bastamam x Furniture And Choice, anda boleh terus melakukan pembelian di laman rasmi https://www.furnitureandchoice.com.my/pages/alia-bastamam.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd