Hidangan Marrybrown Egg-stra Ong Kembali Untuk Tempoh Terhad
January 22, 2025
Makanan & Minuman
Lina Rosli
Bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2025, Marrybrown kembali menawarkan menu Egg-stra Ong di semua rangkaian Marrybrown di seluruh negara.
Untuk menu kali ini, Marrybrown menampilkan barisan pilihan hidangan yang menarik dan lazat.
Dilimpahi dengan sos telur masin yang enak dengan gabungan rempah ratus, Egg-stra Ong direka untuk menambat selera dan mencipta pengalaman pemakanan yang sempurna. Gabungan dengan pelbagai pilihan yang menarik, pelanggan boleh menikmati.
- Egg-stra Ong Mashed Bowl (harga bermula dari RM6.88) – Kentang lenyek berkrim yang dilimpahi sos telur masin dan ketulan ayam
- Egg-stra Ong Spicy Burger Combo (harga bermula dari RM18.38) – Dihidangkan dengan kentang goreng dan jus oren Minute Maid
- Egg-stra Ong Chicken Combo (harga bermula dari RM20.38) – Pilihan 2 atau 3 ketul ayam, dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad sayur

- Egg-stra Ong Box Meal (harga bermula dari RM24.88) – 1 ketul Ayam Egg-stra Ong, Egg-stra Ong Spicy Burger, kentang goreng bersaiz regular, dan jus oren Minute Maid
- 5-ketul Ong Bucket (harga bermula dari RM55.88) – Sesuai untuk majlis keluarga, menampilkan 5 ketul Ayam Goreng MB dengan sos telur masin, 4 keping Chicken Fillet, 6 ketul Nuggets, dan tiga cawan jus oren Minute Maid
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kesemua hidangan ini, ia telahpun ditawarkan untuk tenpoh terhad bermula hari ini – di semua cawangan Marrybrown berdekatan anda.