IKEA x Secret Recipe Menampilkan Kek Eksklusif Petite Red Velvet Yang Dijual Pada Harga RM9.90
Lina Rosli
Raikan Tahun Baru Cina dengan penuh gaya bersama Petite Red Velvet Cake – kolaborasi eksklusif antara Secret Recipe dan IKEA.
Kek ini hadir dengan rasa klasik red velvet yang mewah, sesuai untuk melengkapkan apa sahaja majlis atau santapan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagi yang berminat, kek ini boleh didapati mulai 6 Januari hingga 2 Mac 2025. Dengan rekaannya yang cantik dan rasa yang memikat, ia pasti menjadi perhatian di meja makan anda.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba kek edisi terhad ini sementara stok masih ada – ditawarkan pada harga RM9.90 untuk ahli IKEA, sementara RM10.90 untuk bukan ahli. Segera kunjungi IKEA terdekat dan jadikan Petite Red Velvet Cake sebagai pencuci mulut pilihan anda.