Musim Ramadan kembali lagi, dan seperti tahun-tahun sebelumnya, hotel-hotel Hilton di seluruh Malaysia tidak ketinggalan di dalam menawarkan pelbagai hidangan istimewa untuk berbuka puasa – khusus untuk anda yang menginginkan sesuatu keunikan di dalam santapan.
Dengan tema “Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan,” bufet Ramadan di Hilton menjanjikan pengalaman gastronomi yang menggabungkan citarasa tradisional dan moden.

Untuk pengetahuan anda, di setiap hartanah Hilton yang dibuka di seluruh Malaysia, masing-masing membawakan hidangan yang disediakan mengikut citarasa tempatan.
Antaranya, di Vasco’s di Hilton Kuala Lumpur, para chef dan tukang masak mereka membawakan pengalaman makan yang luar biasa dengan hidangan tempatan dan antarabangsa. Antara menu istimewa ialah “Lambassador” Smoked Paprika Beef Shank, Australian Lamb Meatball Rendang Hijau, dan Slow-Baked Australian Beef Short Ribs dengan Serunding Kelapa dan Sambal Strawberi.
Bufet ini ditawarkan pada harga RM238 seorang bagi dewasa dan RM119 seorang bagi kanak-kanak.

Sementara di Restoran Paya Serai di Hilton Petaling Jaya pula, mereka menyajikan hidangan istimewa seperti tulang rusuk direneh dengan sos buah-buahan dan jus prun, daging batang pinang yang dibalut dengan cendawan rendang, Kambing Kabsah, Kari Kepala Ikan Salmon dan banyak lagi.
Di sini, harga bufet yang ditawarkan adalah bermula dari RM158 seorangg hingga RM218 seorang bergantung pada tarikh pilihan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan harga istimewa sekiranya anda melakukan tempahan kumpulan dengan maksima jumlah 10 individu.

Hilton Kuching menawarkan dua lokasi berbuka puasa iaitu di River View Cafe dan Grand Ballroom. River View Cafe menyediakan pengalaman eksklusif dengan hidangan premium seperti Freshly Shucked Korean & Japanese Miyazaki Oysters serta Moroccan Charmoula Marinated Australian Whole Lamb pada harga RM488 untuk seorang dewasa.
Sementara itu, Grand Ballroom menyajikan hidangan istimewa seperti Laksa Sarawak Udang Harimau Berkeju dan Kambing Goyang pada harga RM138 seorang.

Untuk Hilton Kota Kinabalu, Urban Kitchen mereka menawarkan hidangan bertemakan Nusantara. Antara menu yang ditawarkan termasuklah Gulai Kawah, sajian panggang, dan manisan tradisional. Di sini, bufet Ramadan tersedia pada harga RM188 untuk dewasa dan RM88 untuk kanak-kanak.

Seleksi bufet di DoubleTree by Hilton
Mari kita lihat beberapa tawaran menarik dari beberapa lokasi DoubleTree by Hilton di Malaysia yang menyediakan pengalaman berbuka puasa yang menarik dan juga lazat:
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Buat kali pertama, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur menampilkan bufet Ramadan yang sangat menggiurkan.
Terdapat pelbagai pilihan yang tidak boleh dilepaskan seperti Marinated Whole Lamb, Ayam Golek (tersedia pada hari Jumaat dan Sabtu), dan pilihan hidangan laut segar di Seafood On Ice. Antara hidangan istimewa lain termasuk Kari Udang Mamak, Tandoori Chicken, dan Chettinad Prawn Masala.

Jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut seperti Medjoul Dates Pudding dan Teh Tarik Mousse, yang pasti akan memikat hati anda. Di sini, bufet yang ditawarkan adalah bermula dari RM151 seorang pada hari biasa dan RM76 seorang untuk kanak-kanak (28 Februari – 6 Mac). Sementara untuk 7-30 Mac pula, harga yang ditawarkan adalah:
- Ahad hingga Khamis – RM209 untuk dewasa dan RM105 untuk kanak-kanak
- Jumaat dan Sabtu – RM229 untuk dewasa dan RM115 untuk kanak-kanak
Untuk tempahan, hubungi +603 2172 7272 atau email [email protected].
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Jika anda berada di Putrajaya, bufet Ramadan di Makan Kitchen dan Temenggor juga merupakan bufet Raamdan yang wajib dicuba.
Dengan pelbagai pilihan hidangan dari masakan Malaysia dan antarabangsa, seperti Tom Yam Marinated Prawns dan Sup Gearbox Meletup, pastinya akan memenuhi selera anda. Melengkapkannya adala pencuci mulut seperti Teh Tarik Chocolate Mousse Cake dan Durian Profiterole yang memberikan kelainan pada hidangan berbuka.

Harga bufet di Makan Kitchen bermula dari RM188 seorang, dan RM94 seorang untuk kanak-kanak. Untuk tempahan awal, hotel ini menawarkan harga bufet hanya RM138 seorang.
Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 8890 0000 atau email [email protected].
DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
Bagi anda yang menggemari hidangan tradisional, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City menghidangkan hidangan Kampung Nostalgia yang memikat, termasuk Kerabu Ketam Bunga dan Kambing Kerutup Ibu-Ibu yang beraroma.


Untuk pencinta durian, nikmati Durian Choux, Fried Durian Ice Cream, dan Onde-Onde Cake yang penuh dengan rasa durian asli. Bufet di sini berharga RM198 seorang pada hari biasa dan RM99 seorang untuk kanak-kanak.
Untuk tempahan, hubungi +603 5650 0200 atau email [email protected].
DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Terletak di Perak, DoubleTree Damai Laut Resort menyajikan hidangan bertemakan “Essence of Perak” dengan pilihan seperti Rendang Tok Short Rib Salai dan Mongolian Lamb.

Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan istimewa seperti Briyani Kambing dan Sotong Goreng Tepung. Bufet ini berharga RM98 seorang pada hari biasa dan RM49 seorang untuk kanak-kanak, serta RM118 seorang pada hujung minggu dan RM59 seorang untuk kanak-kanak.
Tempah tempat anda sebelum 28 Februari untuk menikmati diskaun pembelian. Untuk tempahan, hubungi +60 5684 3333 atau email [email protected].
DoubleTree by Hilton Johor Bahru
Bagi mereka yang berada di Johor Bahru, bufet Ramadan di DoubleTree Johor Bahru menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang meriah.
Antara hidangan menarik yang ditawarkan termasuk Kashmir Masala Roasted Lamb, Nasi Briyani Gam, dan Gulai Cincang Minang dengan Ubi Kemili. Bufet ini berharga RM218 untuk dewasa dan RM109 untuk kanak-kanak (Ahad hingga Khamis). Manakala sewaktu hujung minggu, harga bufet adalah RM238 untuk dewasa dan RM119 untuk kanak-kanak.
Untuk tempahan, hubungi +607 268 6868 atau Whatsapp +6016 771 1863.

DoubleTree by Hilton Melaka
Nikmati bufet berbuka puasa yang unik dengan hidangan seperti Ayam Bali, Beef Cheek Assam Pedas, dan Durian Fritters di DoubleTree by Hilton Melaka.
Ditemani dengan muzik Ghazal secara langsung, bufet ini pasti memberikan pengalaman makan yang unik. Harga bermula dari RM158 seorang pada hari biasa – RM76 seorang untuk kanak-kanak (6 tahun ke atas).
Untuk tempahan, hubungi +606 222 3333 atau email [email protected].


DoubleTree Resort by Hilton Penang
Terletak di Pulau Pinang, DoubleTree Resort by Hilton Penang menawarkan hidangan bufet yang berwarna-warni dengan pilihan seperti Kambing Golek Kabsah, Daging Pesamah Utara dan Nasi Kerabu Kak Dya. Harga bufet pada hujung minggu adalah RM138 seorang untuk dewasa, RM98 seorang untuk warga emas dan RM69 seorang untuk kanak-kanak.
Untuk tempahan, hubungi +604 892 8000 atau Whatsapp +6012 381 7586.

Hilton Garden Inn Puchong
Bagi yang berada di Puchong, Hilton Garden Inn menyediakan bufet dengan pilihan hidangan seperti Kari Udang Galah dan Kambing Bakar yang pasti menggugah selera.
Harga bermula dari RM128 seorang pada hari biasa – dan RM64 seorang untuk kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 80841299 atau Whatsapp +6012 612 9947.


Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa Ramadan ini di hotel DoubleTree by Hilton sambil mencipta kenangan manis bersama yang tersayang.
Dengan pelbagai pilihan menu yang lazat serta suasana berbuka puasa yang selesa, bufet Ramadan di Hilton Malaysia pasti menjadi pengalaman yang berbaloi untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Ramadan di Hilton Hotels seluruh Malaysia, sila layari laman web EatDrinkHilton atau hubungi hotel yang berkenaan.