ZUS Speciality Coffee Kini Menampilkan Kopi Patah Hati – Ditawarkan Dalam Pilihan Botol
Lina Rosli
Selain daripada minuman di dalam tin, minuman sedia bancuh dan juga kapsul kopi segera, kini ZUS Coffee memperluaskan penawaran produk mereka dengan satu lagi produk minuman baharu di dalam botol menerusi siri ZUS Speciality Coffee iaitu Kopi Patah Hati.
Selari dengan identiti mereka sebagai jenama kopi inovatif tempatan, Kopi Patah Hati hadir dengan dua pilihan perisa iaitu Cafe Latte dan juga Buttercreme Latte.


Apa yang menariknya untuk kedua-dua minuman ini, ZUS Coffee memperlihatkan mesej yang bertemakan patah hati – “Manis seperti janji EX you” untuk Cafe Latte, manakala “Butter late than never” untuk air Buttercreme Latte.
Bagi anda yang berminat, minuman ini sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan caffeine-fix pada bila-bila waktu. Anda boleh mendapatkannya sama ada melalui pembelian di ZUS Official Store di laman web rasmi mereka ataupun di rangkaian kedai serbaneka terpilih. Selamat mencuba!