CHAGEE Kini Memperkenalkan Aplikasi Pesanan Tersendiri

January 31, 2025
Aplikasi

Lina Rosli

Berita baik untuk peminat teh premium CHAGEE, tahukah anda bahawa mereka kini memperkenalkan aplikasi pesanan mereka yang tersendiri?

Menerusi pengenalan aplikasi CHAGEE, ia dijangka memberikan pengalaman baru yang lebih mudah dan pantas untuk para pelanggan setia mereka.

Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh:

  • Melakukan pesanan awal (pra-pesan): Tidak perlu lagi beratur panjang untuk mendapatkan minuman kegemaran anda. Pesanan boleh dibuat melalui aplikasi dan diambil terus di cawangan pilihan anda.
  • Mendapatkan ganjaran: Setiap pesanan memberikan anda peluang untuk mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus dengan minuman percuma, diskaun atau promosi eksklusif.
  • Promosi khas: Hanya pengguna aplikasi akan mendapat akses kepada tawaran dan promosi istimewa.

Buat anda yang telah sedia menggunakan Mini Program CHAGEE sebelum ini, usah risau kerana mata ganjaran dan juga kupon yang telah anda kumpul akan terus tersedia di dalam akaun anda – hanya perlu daftar masuk menggunakan nombor telefon sedia ada.

Untuk pembayaran pula, aplikasi CHAGEE menyokong pilihan pembayaran menggunakan CHAGEE Wallet, Touch ‘n Go, GrabPay, kad debit atau kredit serta pembayaran atas-talian FPX. Dan buat masa ini, penggunaan aplikasi ini juga turut tertakluk kepada pembelian ambil di kedai sahaja – untuk mod penghantaran terus ke rumah atau pejabat akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Muat turun aplikasi CHAGEE sekarang di Google Play Store atau Apple App Store dan rasai kemudahan di hujung jari anda!

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd