Carian
TUAH 1895 Kini Dibuka Di Bukit Bintang City Centre – Destinasi Gastronomi & Gaya Hidup Terbaru Di KL
February 3, 2025 Lina Rosli

Pada awal 2025 ini, Kuala Lumpur menyaksikan satu lagi kemunculan destinasi gastronomi dan gaya hidup yang bakal mencuri perhatian – TUAH 1895 kini rasmi dibuka di Bukit Bintang City Centre.

Dengan gabungan cita rasa eksklusif dan konsep unik, ia menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan.

Lebih Daripada Sekadar Tempat Makan

TUAH 1895 bukan sekadar lokasi menjamu selera tetapi destinasi yang menawarkan Good Food, Great Vibes. Di sini, pengunjung boleh menikmati hidangan dari beberapa nama besar dalam dunia kulinari serta rasa autentik yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Antara barisan restoran dan chef yang menyajikan pelbagai menu menarik di TUAH 1895 termasuk:

  • Ministry of Crab (halal) – Restoran terkenal dari Sri Lanka yang menyajikan makanan laut berkualiti tinggi, termasuk ketam bersaiz besar dan udang segar.
  • AS I AM (halal) – Restoran Thai yang diketuai oleh Chef Ton, penerima bintang Michelin, menawarkan hidangan autentik dengan sentuhan moden serta hiburan langsung.
  • Chef Kecik (halal) – Pakar dalam pastri dan pencuci mulut yang menampilkan keunikan serta kehalusan rasa hasil tangan Chef Rahmat.
  • Hock Kee Kopitiam (halal) – Menawarkan hidangan klasik Malaysia seperti nasi lemak, mi kari dan roti bakar dalam persekitaran yang selesa.
  • Pak Tok Signature (pork-free) – Menyediakan hidangan warisan Melayu dan Nyonya dengan penyampaian moden yang mengekalkan keaslian rasa tradisional.
  • Ting Shan (non-halal) – Menampilkan masakan Chuan Yue dalam suasana mewah, sesuai untuk majlis korporat dan santapan eksklusif.

Bukan sekadar makan, TUAH 1895 turut memperkenalkan pengalaman kesihatan dan kecergasan menerusi MORPH by Kamileon. Ia menawarkan pendekatan holistik untuk kesejahteraan, menjadikan lokasi ini bukan hanya destinasi kuliner tetapi juga pusat gaya hidup moden.

Terletak di Bukit Bintang City Centre, TUAH 1895 menjanjikan suasana eksklusif yang menggabungkan warisan, inovasi dan suasana premium. Sama ada anda ingin menikmati makan malam yang istimewa, lepak santai bersama rakan-rakan, atau mencari pengalaman wellness yang unik, destinasi ini ada semuanya.

Untuk anda yang menaiki pengangkutan awam, TUAH 1895 ini boleh diakses menggunakan LRT dan monerel stesen Hang Tuah yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Bukit Bintang City Centre.

Sekiranya anda ingin menaiki MRT, anda boleh berhenti di stesen Merdeka yang mana ia memerlukan anda untuk berjalan sekitar 10 minit.

Komen