ZUS Signature, Sebuah Lagi Kedai Konsep ZUS Coffee Yang Kini Dibuka Di Sunway Pyramid
Lina Rosli
Selepas pembukaan cawangan Coffee Meet Pastri di 1 Utama, nampaknya ZUS tidak berhenti di situ kerana sebuah lagi kedai konsep baharu telahpun diperkenalkan di pusat beli-belah Sunway Pyramid – dikenali sebagai ZUS Signature.
Terletak di aras LG1 di Oasis Wing Sunway pyramid, lokasi baru ini bakal menjadi tempat kegemaran anda untuk menikmati penawaran pilihan kopi dan pastri yang terbaik.

Apa yang membezakan ZUS Signature dan juga ZUS Cofffee yang biasa, ia menyajikan pelbagai sajian kopi dan pastri selain turut memperkenalkan beberapa menu eksklusif – selain turut tidak menggunakan logo ZUS biasa yang berwarna biru.
Untuk di ZUS Signature, jenama ini dilihat hadir dengan rekaan kedai yang lebih minimalis serta memperlihatkan penggunaan logo baharu yang hanya menggunakan tipografi ‘Z’ pada cawan minuman.
Bukan itu sahaja, di dalam kedai juga, warna aksen biru juga tidak kelihatan – hanya hadir dengan warna-warna natural seperti beige, silver dan putih.


Mengenai menu makanan pula, ZUS Signature menyajikan pilihan pastri dan kek pada harga yang mampu milik – harga sekitar RM7.90 setiap satu.

Bagi anda yang ingin mencuba dan berkunjung ke ZUS Signature oleh ZUS Coffee, ia terletak di lot LG1, aras bawah tanah, Sunway Pyramid.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama merasai pengalaman baru ini. Temui ZUS Signature dengan wajah baru ini dan nikmati keunikan gabungan kopi dan pastri yang sempurna.