INFINITY8 Raikan Ulang Tahun Ke-8: Merevolusikan Ruang Kerja Bersama dan Melebarkan Sayap ke Kuala Lumpur
ssofea
KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2025 — Dalam lapan tahun yang lalu, banyak perubahan telah diharungi oleh INFINITY8, jenama ruang kerja bersama yang terkemuka di Malaysia. Dalam kurang daripada 10 tahun, ia telah mencorakkan landskap ruang kerja bersama di negara, serta memperkasakan lebih 600 perniagaan melalui lebih 11 lokasi utama di Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. Ruang kerja bersamanya yang dinamik direka khas untuk pelbagai pelanggan, daripada golongan profesional sehingga organisasi moden. Dengan purata kadar penggunaan 80%, pencapaian ini disemarakkan lagi dengan pengembangan strategik ke Kuala Lumpur, melalui pelancaran siri perdana Reserve di Menara Southpoint, Mid Valley.
Lokasi Southpoint ini menonjolkan sentuhan mewah dan premium siri Reserve, dengan reka bentuk ruang kerja yang diinspirasikan oleh keanggunan gaya ‘Moden Abad Pertengahan’. Sentuhan warna bumi yang menenangkan, ciri kayu yang selesa, dan perabot minimalis yang elegan direka khas untuk merangsang kreativiti serta menawarkan keselesaan seperti di rumah sendiri. Direka untuk meningkatkan produktiviti, kolaborasi, dan pembangunan komuniti, siri perdana ini akan memenuhi keperluan pelbagai pelanggan, daripada syarikat pemula dan PKS sehingga syarikat multinasional yang mengidamkan penyelesaian ruang kerja fleksibel yang melangkaui konsep tradisional.
“Apa yang bermula sebagai impian kecil di Johor Bahru kini berkembang melangkaui jangkaan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama INFINITY8, Lee Sheah Liang. “Dari lokasi pertama kami hingga ke lokasi perdana ini, kami sedar bahawa keistimewaan ruang kami terletak pada pasukan kami. Tenaga, idea, dan impian mereka adalah pembakar semangat kami untuk melangkah ke hadapan.”
Ketika perniagaan global terus beradaptasi dengan perubahan aliran kerja, permintaan untuk ruang kerja yang fleksibel dan berprestasi tinggi turut meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan transformasi digital di Malaysia. Di sinilah INFINITY8 menawarkan penyelesaian yang menyatukan kecekapan, kebolehskalan, dan nilai tambah, dengan persekitaran yang direka secara teliti serta dilengkapi kemudahan premium. Dengan memenuhi pelbagai keperluan syarikat pemula, PKS dan syarikat global, INFINITY8 mentakrifkan semula ruang kerja bersama sebagai platform untuk pertumbuhan, kerjasama dan kejayaan dalam landskap perniagaan yang berkembang pesat hari ini.
Pelancaran INFINITY8 Reserve Mid Valley Southpoint bukan sekadar satu tonggak pencapaian baharu, tetapi juga titik permulaan transformasi untuk INFINITY8. Lokasi perdana ini telah menetapkan piawaian baharu untuk ruang kerja bersama premium. Malah, INFINITY8 juga merancang untuk melancarkan destinasi ikonik yang seterusnya di Tun Razak Exchange (TRX) pada suku kedua tahun 2025. Sebagai ‘permata’ siri Reserve, lokasi TRX bakal mentakrifkan semula definisi kemewahan ruang kerja bersama. Dengan reka bentuk inovatif, kemudahan bertaraf dunia, dan suasana eksklusif, ruang ini bakal menarik syarikat elit dan profesional yang berpandangan jauh. Sebagai hab kewangan global Malaysia, TRX amat serasi dengan visi INFINITY8 untuk menyediakan ruang kerja yang berprestij dan bersedia untuk masa hadapan, khususnya untuk syarikat multinasional dan perniagaan yang bertumbuh pesat.
INFINITY8 bukan sekadar penyedia ruang kerja bersama, tetapi juga pemacu perniagaan yang menyeluruh. Bagi syarikat asing dan syarikat multinasional (MNC), ruang kerja bersama INFINITY8 yang serba lengkap dan sedia digunakan akan menjadi platform terbaik untuk menembusi pasaran Malaysia. Dengan kemudahan bertaraf profesional dan penyelesaian ‘plug-and-play’, perniagaan dapat memulakan operasi tanpa perlu bersusah payah menyediakan pejabat sendiri. Selain menyokong perniagaan, INFINITY8 juga aktif membantu NGO, persatuan perdagangan, dan inisiatif berasaskan komuniti, selaras dengan prinsipnya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
Bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-8nya, INFINITY8 melancarkan pelbagai tawaran istimewa bagi memperkasakan perniagaan dan organisasi di seluruh negara:
- Akses percuma selama satu bulan kepada ruang kerja bersama di semua lokasi INFINITY8 di Johor Bahru, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang.
- Sewa percuma sehingga empat bulan untuk pejabat peribadi di semua lokasi INFINITY8.
- Diskaun 30% untuk perkhidmatan penggambilan pekerja bagi pengambilan pertama.
- 4 jam akses percuma kepada bilik mesyuarat untuk profesional di Johor Bahru, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang (tertakluk kepada terma dan syarat).
Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2025.
Bagi meraikan lapan tahun yang penuh pertumbuhan dan pembelajaran, INFINITY8 terus berpegang teguh kepada misinya untuk mentakrifkan semula ruang kerja bersama di Malaysia. Komitmennya untuk memperkasakan kejayaan perniagaan pelbagai saiz dalam landskap kerja yang dinamik merupakan asas pelancaran lokasi Mid Valley Southpoint, sekali gus membuka lembaran baharu yang mengujakan. Selain itu, pelancaran lokasi TRX yang seterusnya bakal menetapkan piawaian baharu dalam konsep kemewahan ruang kerja bersama. INFINITY8 bersedia mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia ruang kerja fleksibel yang terkemuka di Malaysia, bagi mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah buat para profesional.
INFINITY8 mengalu-alukan usahawan, syarikat korporat, dan komuniti untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bagi membina warisan yang berteraskan layanan baik, daya tahan, dan kejayaan. Untuk maklumat lanjut tentang INFINITY8, layari laman web rasminya: https://www.infinity8.com.my/.