Harga Minuman ZUS Coffee Kini Naik 30 Sen – Kecuali Espresso, Americano, CEO Latte, CEO Coconut Latte Dan Coconut Latte

February 4, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Baru-baru ini, ZUS Coffee berkongsikan kepada umum yang mana mereka telahpun mula menaikkan harga bagi kebanyakan minuman mereka – sebanyak 30 sen kecuali ke atas 5 minuman ini iaitu Espresso, Americano, CEO Latte, CEO Coconut Latte dan Coconut Latte.

Peningkatan harga minuman ini dikatakan adalah berikutan dengan harga koko dan juga terdapat gangguan pada bekalan biji kopi mereka disebabkan oleh perubahan iklim yang ekstrim.

Oleh yang demikian, ZUS Coffee dikatakan terpaksa menanggung kos yang tinggi – kesan daripada pengeluaran biji kopi yang terjejas.

Dalam pada masa yang sama, ZUS Coffee turut menyatakan yang mana mereka hadir dengan siri minuman yang ditawarkan pada harga Rahmah – iaitu siri Tak Mau Kopi yang mana menampilkan pilihan minuman tanpa kafein pada harga bermula RM3.90.

Dengan pelbagai alternatif yang ditawarkan oleh ZUS Coffee, nampaknya peminat minuman dari jenama ini masih boleh memilih minuman yang sesuai dengan bajet mereka tanpa mengorbankan kualiti.

Apa pendapat anda tentang kenaikan harga ini? Adakah anda masih setia dengan ZUS Coffee, atau akan mencari alternatif lain?

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd