BEUTEA Mempunyai Sijil Halal Dari JAKIM – Pilihan Lain Untuk Peminat Teh Di Malaysia
Lina Rosli
Khabar gembira untuk semua pencinta teh di Malaysia, BEUTEA kini telahpun mendapatkan sijil Halal dari JAKIM – sekaligus meningkatkan keyakinan para penggemarnya untuk menikmati minuman teh kegemaran mereka.
Bagi BEUTEA, pengiktirafan ini bukan sahaja membuka ruang yang lebih luas untuk mereka berkongsi rasa teh yang unik kepada semua lapisan masyarakat, tetapi juga menggambarkan komitmen jenama ini terhadap kualiti dan kepercayaan pelanggan.

Dengan adanya status halal, BEUTEA menjamin bahawa setiap bahan yang digunakan dalam penyediaan minuman mereka adalah selamat dan mematuhi peraturan agama Islam. Ini memberi ketenangan kepada pelanggan yang mengutamakan kebersihan dan kualiti dalam pemilihan produk mereka.
BEUTEA Sudah Mempunyai 60 Cawangan Di Seluruh Malaysia
Untuk pengetahuan anda juga, BEUTEA kini boleh diakses di 60 lokasi – yang mana kedai pertama mereka mula dibuka pada November 2023 di Pulau Pinang.
Tidak berhenti di situ, jenama ini turut hadir dengan beberapa rekaan kedai konsep termasuklah BEUTEA Heritage Store yang dibuka di Petaling Street, Kuala Lumpur dan kemudian diperluaskan ke kawasan lain pada sekitar Oktober 2024.

Sebagai anak syarikat Oriental Kopi, BEUTEA terus berkembang dengan sokongan kukuh daripada syarikat induknya. Memandangkan populariti teh semakin meningkat, BEUTEA berpotensi untuk lebih jauh berkembang, menawarkan lebih banyak pilihan teh yang menyegarkan dan inovatif.