Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Mengambil Prebiotik Dalam Diet Harian

November 6, 2025
Kesihatan

Lina Rosli

Secara umumnya, kebanyakan individual sudahpun cakna dengan pengambilan makanan yang mengandungi probiotik diet harian. Akan tetapi tahukah anda bahawa prebiotik juga memainkan peranan penting dalam kesihatan?

Prebiotik adalah sejenis serat yang menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus, membantu sistem pencernaan dan kesihatan keseluruhan. Oleh sebab itu, rata-rata pakar pemakanan muka mencadangkan pengambilan prebiotik dalam diet harian boleh memberikan pelbagai manfaat yang tidak disedari ramai.

Berikut adalah manfaat prebiotik kepada kesihatan:

#1 Menyokong Kesihatan Usus

Untuk pengetahuan anda, prebiotik membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus, yang seterusnya dapat mengimbangi mikrobiota usus dan mengurangkan risiko masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, dan sindrom usus rengsa (IBS).

Apabila ada usus yang sihat, ia bukan sahaja penting untuk penghadaman tetapi juga untuk kesejahteraan keseluruhan tubuh.

#2 Meningkatkan Penyerapan Nutrien

Tanpa prebiotik, tubuh mungkin tidak dapat menyerap nutrien tertentu dengan berkesan. Ini kerana prebiotik membantu penyerapan mineral penting seperti kalsium, magnesium, dan zat besi yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan fungsi badan yang optimum.

#3 Menyokong Sistem Imun

Lenin 70% sistem imun badan berkait rapat dengan kesihatan usus. Dengan mikrobiota usus yang seimbang, badan lebih bersedia untuk melawan jangkitan dan penyakit.

Bukan itu sahaja, prebiotik membantu meningkatkan daya tahan tubuh dengan merangsang pertumbuhan bakteria baik yang bertindak sebagai pertahanan semula jadi badan.

#4 Mengawal Berat Badan

Bagi anda yang ingin mengawal berat badan, prebiotik boleh memberikan rasa kenyang lebih lama kerana seratnya sukar dihadam, sekali gus mengurangkan keinginan untuk makan secara berlebihan.

Ini menjadikan prebiotik pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat.

#5 Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Bagi individu yang ingin mengawal paras gula dalam darah pula, prebiotik boleh membantu memperlahankan kadar penyerapan gula, mengelakkan lonjakan mendadak dalam paras glukosa.

Ini amat bermanfaat bagi mereka yang berisiko menghidap diabetes atau ingin mengekalkan tenaga sepanjang hari.

#7 Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Selain itu, pengambilan serat prebiotik yang mencukupi dapat membantu mengawal paras kolesterol, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia membantu badan menyingkirkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).

Apakah Sumber Makanan Kaya Prebiotik?

Jika anda ingin menambah prebiotik dalam diet harian, makanan seperti pisang, bawang putih, bawang merah, asparagus, oat, dan epal adalah pilihan terbaik. Makanan ini bukan sahaja menyihatkan tetapi juga mudah untuk dimasukkan dalam hidangan harian.

Mengamalkan prebiotik dalam diet harian bukanlah sesuatu yang sukar, tetapi impaknya terhadap kesihatan boleh menjadi besar. Jadi, mulakan dengan menambahkan lebih banyak makanan kaya prebiotik dalam diet anda dan nikmati manfaatnya untuk kesihatan jangka panjang.

Pengambilan prebiotik dalam diet harian bukanlah sesuatu yang baharu dipraktikkan oleh sesetengah individu. Ini kerana prebiotik ini sebenarnya sememangnya sudah terdapat di dalam makanan-makanan tertentu – yang mana anda mungkin tidak sedari sebelum ini.

Seperti di dalam artikel sebelum ini, prebiotik merupakan kumpulan bakteria baik yang diperlukan oleh badan bagi mendapatkan khasiat yang baik untuk sama ada tumbesaran ataupun berkaitan dengan proses penghadaman.

Untuk pengetahuan anda, pengambilan prebiotik ini tidak semestinya hanya tertakluk untuk pengambilan secara langsung sama ada melalui vitamin ataupun suplemen. Tetapi sebenarnya melalui variasi pilihan makanan yang mengandunginya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd