Industri Kecantikan Halal – Wardah Komited Dalam Menyediakan Produk Kecantikan Yang Memenuhi Standard Halal

February 6, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Wardah pada tahun ini dilihat terus mencuri perhatian bukan hanya kerana kualiti produk, tetapi juga kerana komitmennya dalam memperkasakan wanita. Sebagai jenama yang berteraskan prinsip halal, Wardah memberikan pilihan yang selamat, beretika dan berkesan kepada wanita Malaysia yang mementingkan produk kecantikan yang memenuhi standard halal yang ketat.

Apa Itu Kecantikan Halal?

Kecantikan halal merujuk kepada produk kecantikan yang dihasilkan mengikut garis panduan Islam, memastikan setiap bahan yang digunakan bebas daripada bahan yang haram atau meragukan, seperti alkohol atau bahan-bahan yang berasal dari sumber yang tidak sah.

Selain itu, produk kecantikan halal juga tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan harus memenuhi piawaian etika dan kelestarian. Kecantikan halal bukan hanya untuk pengguna Muslim, tetapi juga bagi mereka yang mencari alternatif yang lebih mesra alam dan beretika.

Untuk Wardah sendiri, mereka hadir dengan Wardah Beauty, produk kosmetik halal nombor satu di Indonesia, terus berkembang pesat dan kini menjadi perintis dalam industri kecantikan halal. Sebagai sebahagian daripada ParagonCorp yang ditubuhkan pada tahun 1985, Wardah bukan sahaja mengubah wajah industri kecantikan di Indonesia tetapi juga di Asia Tenggara.

Wardah juga memiliki pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terbesar di Asia Tenggara, menjadikannya antara peneraju dalam inovasi produk kecantikan halal.

Wardah Beauty terdiri daripada tiga kategori utama iaitu kosmetik, penjagaan kulit dan penjagaan diri. Setiap produk dibuat dengan menekankan aspek halal dalam proses pembuatannya dan mesra wuduk. Ini memberikan ketenangan kepada pengguna yang ingin menjaga kesucian semasa solat, kerana produk Wardah diformulasikan untuk memenuhi keperluan wanita Muslim.

Produk ini juga mengutamakan kualiti dan keselamatan, memastikan setiap pengguna dapat menikmati kecantikan dengan rasa yakin dan selamat. Bukan itu sahaja, Wardah telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menjaga kelestarian bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di peringkat global.

Jenama ini turut berkembang dengan memperkenalkan beberapa jenama di bawah naungannya, seperti Kahf, Emina, Make Over, Crystallure, Wonderly, Instaperfect, Putri, Biodef, Tavi, dan Labore.

Wardah Memperkasa Industri Kecantikan Halal Di Malaysia

Apa yang menjadikan Wardah lebih istimewa adalah integrasi antara kecantikan dan nilai sosial yang mendalam. Wardah tidak hanya menekankan inovasi dalam produk kecantikan mereka, tetapi juga komitmen terhadap pemberdayaan wanita (women empowerment).

Misalnya, program Wanita untuk Wanita yang telah dilancarkan oleh Wardah di Malaysia memberikan peluang kepada wanita untuk menjana pendapatan tambahan dengan menghasilkan tuala wanita jenis kain guna semula. Program ini bukan sahaja menyokong kesejahteraan wanita Malaysia, tetapi turut memberi impak positif kepada wanita di Palestin melalui pengagihan produk.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkasakan wanita melalui kosmetik halal, Wardah mengumumkan pelantikan Retno Marsudi sebagai Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact. Pelantikan ini dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sari Chairunnisa, MD, Timbalan CEO ParagonCorp, yang berlangsung di ibu pejabat ParagonCorp di Jakarta.

Sebagai Utusan Khas PBB mengenai Air, Retno Marsudi membawa perspektif global dalam memperkukuh program pendidikan, kelestarian alam sekitar, dan keusahawanan wanita. Ini menambah nilai dan memperkukuh kedudukan Wardah sebagai pemimpin dalam industri kecantikan halal yang beretika dan inovatif.

Wardah bukan hanya melihat kecantikan dari segi luaran, tetapi juga dari segi nilai dan impak sosial yang boleh dibawa melalui produk mereka. Dengan langkah-langkah berterusan seperti ini, Wardah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kecantikan halal di Malaysia dan terus mempengaruhi kehidupan wanita di peringkat global.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd