UNIQLO memperkenalkan koleksi terbaru UNIQLO : C untuk musim Bunga/Panas 2025, hasil sentuhan pereka fesyen terkenal dari Britain, Clare Waight Keller.
Koleksi ini menampilkan inovasi dalam penggunaan bahan yang lebih ringan dan sejuk untuk menghasilkan pakaian harian urban yang lebih elegan dan moden.

Menurut Clare Waight Keller, koleksi kali ini memberi fokus kepada dua elemen utama iaitu penggunaan fabrik nilon dan permainan warna. Beliau ingin membawa semula fabrik asal sukan, nilon, yang semakin dilupakan akibat dominasi poliester dalam dunia fesyen sukan dan harian.
Dengan sentuhan moden, nilon digunakan dalam potongan dress beralun, baju berkolar lembut, serta seluar pendek dan vest yang memberi siluet sporty tetapi tetap anggun.
Permainan warna juga menjadi elemen utama dalam koleksi ini. Walaupun warna-warna terang seperti jingga digunakan, ia tetap mempunyai tona lembut yang memberikan keunikan kepada setiap helaian pakaian.


Bukan itu sahaja, koleksi ini menggabungkan sempadan antara gaya kasual dan formal. Contohnya, seluar kargo lelaki yang dipadankan dengan kemeja bersih memberikan gaya santai yang tetap kemas. Sementara itu, jaket AirSense yang ringan dan cepat kering boleh digayakan bersama seluar Bermuda wanita untuk mencipta gaya summer tailoring yang moden.

Bagi wanita, dress berkedut daripada material nilon, vest berzip penuh, serta seluar gear direka untuk keselesaan dan praktikaliti sepanjang musim panas. Sementara itu, kemeja berhud daripada fabrik poplin dalam warna navy dan corak pinstripe pula menampilkan elemen sofistikasi yang berbeza.
Bagi yang berminat, koleksi UNIQLO : C 2025 ini boleh mula didapati pada 28 Februari ini di semua rangkaian fizikal UNIQLO dan juga laman web rasmi UNIQLO.