Persiapan Kembali Ke Sekolah – 5 Tips Berguna Untuk Ibu Bapa Bagi Mengurangkan Beban Dan Tekanan

February 10, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Menjelang pertengahan Februari 2025 ini, nampaknya kalendar persekolahan baharu akan bermula. Dan ini pastinya menjadi waktu yang mencabar bagi kedua ibu bapa yang perlu mengurus jadual, membeli barang keperluan dan membantu anak-anak beralih dari mod bercuti kepada mod pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh sebab itu, terdapat beberapa persediaan yang harus dilaksanakan sebelum musim persekolahan bermula. Bagi memudahkan urusan ini, Tajria ingin berkongsikan kepada anda tips dari dua orang ibu yang dijangka sedikit sebanyak akan membantu para ibu bapa lain untuk menghadapi cabaran di sepanjang musim sekolah ini.

#1 Mulakan Awal Dengan Senarai Semak

Menurut Mya Zulkifli, seorang penerbit TV, pencipta kandungan dan ibu kepada dua orang anak, beliau sentiasa bermula awal dengan senarai semak yang terperinci seperti menyenaraikan keperluan pakaian dan alat tulis serta rutin lain yang penting untuk anak-anak mula bersekolah. Ini bagi memastikan tiada barang yang tercicir serta mengurangkan risiko tergesa-gesa untuk mendapatkan kelengkapan persekolah di saat-saat akhir.

Tambah beliau juga, sebagai seorang ibu yang bekerja, beliau perlu melakukan banyak perkara dalam satu masa, mengimbangi tuntutan kerja dan keluarga. Walaupun seseorang itu merupakan multitasker terbaik sekalipun, pasti ada masa di mana perkara penting terlepas pandang.

Oleh sebab itu, senarai semak menjadi senjata rahsia yang memastikan segala-galanya berada di landasan yang betul dan mengurangkan beban di fikiran.

#2 Tetapkan Rutin Sebelum Sekolah Bermula

Selain itu, anak-anak juga dikatakan dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah dengan sekiranya ibu bapa memperkenalkan rutin sekolah seawal seminggu atau dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

Ini kerana rutin yang dimulakan lebih awal dapat mengurangkan kekusutan dan memberi rasa bersedia kepada anak-anak. 

Sebagai contoh, mulakan dengan waktu tidur dan bangun yang tetap untuk menyesuaikan semula jam biologi mereka, serta amalkan tabiat seperti mengemas beg dan menyediakan pakaian seragam pada malam sebelumnya.

Bagi anak-anak kecil, jadual visual dapat membantu mereka memahami dan menjangkakan aktiviti harian mereka. Untuk pengetahua anda, langkah-langkah kecil ini boleh memberi impak yang besar untuk memastikan permulaan sesi persekolahan yang lebih tenang dan bebas dari stres.

#3 Jadikan Membeli-belah Aktiviti Seronok Bersama Anak

Libatkan anak-anak dalam persiapan kembali ke sekolah. Biarkan mereka memilih alat tulis, kasut, atau bekas makan mereka supaya mereka rasa lebih terlibat dan bersemangat untuk sesi persekolahan yang baru.

Dr. Fatin Liyana, seorang doktor, pencipta kandungan, dan ibu kepada tiga orang anak, berkongsi yang mana dengan biarkan anak-anak memilih kelengkapan sekolah, ia bukan sahaja membuatkan mereka lebih teruja untuk sesi baru, tetapi juga mengajar mereka cara membuat keputusan dan berdikari. Ia satu cara kecil yang bermakna untuk mengeratkan hubungan ketika dalam kesibukan.

#4 Pilih Kasut Sekolah Yang Praktikal

Kasut sekolah adalah antara perkara yang paling penting dalam senarai persiapan kembali ke sekolah. Anak-anak memakai kasut tersebut berjam-jam setiap hari, dan kasut yang sesuai boleh memberi perbezaan besar dari segi keselesaan, keselamatan dan keseluruhan pengalaman mereka di sekolah.

Oleh itu, antara cadangan kasut sekolah yang praktikal untuk anak-anak yang ingin memulakan sesi persekolah baharu adalah kasut sekolah dari ABARO.

Kasut sekolah ABARO direka dengan teliti untuk menangani cabaran harian yang dihadapi oleh pelajar dan ibu bapa, menawarkan fungsi-fungsi praktikal: 

  • DryTech: Memastikan kaki tetap kering walaupun ketika hari hujan yang tidak menentu di Malaysia. 
  • NameTech: Ruang untuk label nama bagi mengelakkan kasut hilang atau tertukar. 
  • HideTech: Poket GPS tersembunyi untuk keselamatan tambahan dan ketenangan fikiran ibu bapa.

Dengan lebih kehadiran fungsi praktikal ini, ABARO memastikan anak anda dapat menikmati hari sekolah dengan lebih selesa dan tanpa masalah. Ciri-ciri praktikal seperti ini bukan hanya memudahkan, tetapi juga membantu anak-anak memulakan hari sekolah mereka dengan lebih baik.

#5 Bijak Mengurus Belanja Semasa Musim Perayaan

Mengimbangkan antara membeli-belah untuk perayaan dengan persiapan kembali ke sekolah boleh menjadi cabaran, terutamanya dengan banyak perbelanjaan yang perlu diuruskan.

Jadinya, ibu bapa perlu memastikan keperluan persekolahan anak-anak disenaraikan berdasarkan % keperluan atau kemahuan. Bandingkan harga terlebih dahulu dan pastikan anda membuat perancangan pembelian dengan bijak.

Untuk membantu para ibu bapa meringankan beban perbelanjaan, ABARO turut hadir dengan Kempen Kembali ke Sekolah ABARO. Dengan hanya berbelanja RM40 untuk kasut sekolah berkualiti, anda dapat menyediakan anak-anak untuk sesi persekolahan baru tanpa perlu berbelanja lebih.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan ABARO, anda boleh melakukan pembelian secara atas-talian sama ada di Shopee, Lazada, dan TikTok, atau kunjungi ke rangkaian fizikal sama ada di AEON, Mydin, Lotus dan SOGO KL semasa Pesta Kembali ke Sekolah.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd