CASETiFY Lancar Koleksi Istimewa Tom & Jerry Sempena Ulang Tahun Yang Ke-85 Siri Animasi Ini
Lina Rosli
CASETiFY kembali dengan kolaborasi terbaru yang pasti mencuri perhatian peminat animasi klasik – iaitu koleksi istimewa Tom & Jerry bersempena ulang tahun ke-85 pasangan kucing dan tikus ikonik ini. Koleksi ini hadir dengan rekaan yang penuh warna dan motif unik yang diinspirasikan daripada siri animasi asal.
Bagi mereka yang menggemari duo penuh aksi ini, koleksi baharu CASETiFY menawarkan pelbagai aksesori menarik seperti sarung telefon Tom & Jerry Pattern Sticker Case dan Tom & Jerry Phone Charm yang menampilkan keletah nakal mereka dalam gaya yang kreatif.


Selain itu, koleksi ini juga menyokong pelbagai peranti lain termasuk iPad, MacBook, AirPods, Apple Watch dan aksesori MagSafe.
Dengan harga bermula dari RM179.00 hingga RM509.00, koleksi ini sudah boleh didapati secara eksklusif di laman web rasmi CASETiFY.
Koleksi BioVeg – Pilihan Mesra Alam Untuk Gaya Berkelanjutan
Selain kolaborasi Tom & Jerry, CASETiFY juga memperkenalkan koleksi BioVeg yang sesuai untuk pencinta alam sekitar.
Dengan reka bentuk minimalis dan tersedia dalam warna hitam, tan, lilac, dan mint, koleksi ini menawarkan pelbagai aksesori seperti BioVeg Heart Cross-body Strap, Snappy BioVeg Heart Wallet (disesuaikan untuk MagSafe) dan BioVeg Case untuk AirPods 4.
Bukan sahaja bergaya, koleksi BioVeg juga direka dengan bahan lestari yang lebih mesra alam, menjadikannya hadiah terbaik buat mereka yang mengutamakan kelestarian dalam fesyen harian mereka.

CASETiFY Hadir Dengan Aksesori Gajet Istimewa Untuk Pasangan Kekasih
Untuk pasangan kekasih, CASETiFY hadir dengan koleksi yang menampilkan konsep Matchy Matchy, di mana pasangan boleh mendapatkan sarung telefon dengan rekaan yang hanya akan lengkap apabila digabungkan bersama.
Bagi meraikan persahabatan, CASETiFY turut memperkenalkan rangkaian hadiah Galentine’s Day yang sesuai untuk meraikan rakan-rakan istimewa dalam hidup anda.

Bukan itu sahaja, CASETiFY turut mengadakan jualan istimewa Hari Valentine dengan potongan harga sehingga 20% dari 10 hingga 17 Februari, dengan tambahan 5% diskaun untuk item terpilih.
Jadi, bagi anda yang ingin menambahkan sentuhan istimewa pada koleksi aksesori anda atau mencari hadiah bermakna, koleksi baharu CASETiFY ini pasti menjadi pilihan yang tidak boleh dilepaskan.