Bufet Ramadan LEGOLAND Malaysia Resort – Menampilkan Hidangan Nusantara Pada Harga RM158 Untuk Dewasa
Lina Rosli
Mendekati bulan Ramadan yang bakal tiba ini, LEGOLAND Malaysia Resort hadir dengan penawaran bufet Ramadan yang menarik bermula dari 7 hingga 28 Mac 2025 – bufet istimewa Flavours of Nusantara akan disajikan di Bricks Family Restaurant di LEGOLAND Hotel.
Apa yang menarik untuk bufet Ramadan ini, LEGOLAND menampilkan susun reka tempat santapan yang memfokuskan kepada tema ikonik LEGO – iaitu ruang makan yang diperbuat daripada batu bata LEGO.
Untuk bufet ini, ia dilihat menggabungkan warisan dan tradisi kulinari serantau dalam suasana yang penuh keceriaan. Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuk Asam Pedas Claypot dan Chicken Pasu Rice.

Selain itu, setiap hari terdapat hidangan istimewa yang berlainan – yang mana pengunjung boleh menikmati hidangan istimewa seperti Tender Lamb Rack dalam buluh, Lemak Salai Udang Galah dan Tomyam Kelapa Udang Galah.
Untuk mendapatkannya, setiap keluarga akan menerima satu kupon penebusan khas untuk mencuba salah satu daripada hidangan istimewa ini.
Bukan sekadar makanan enak, pengalaman makan malam ini turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan muzik secara langsung. Para pengunjung juga boleh bertemu dengan karakter LEGO yang akan menambahkan lagi keseronokan sepanjang malam.

Mengenai harga tempahan, LEGOLAND Malaysia Resort menawarkan promosi untuk pelanggan yang mana jika melakukan tempahan awal, anda boleh menikmati penjimatan yang berbaloi – ini khusus untuk pelanggan yang tempah sebelum 15 Mac 2024.
Harga dan Promosi Flavours of Nusantara
Tawaran Pembeli Awal
Untuk tempahan dari 1 Februari hingga 6 Mac
- Dewasa (12 tahun ke atas): RM 158
- Warga emas (60 tahun ke atas): RM 118
- Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 78
Harga Bufet Flavours of Nusantara
Untuk tempahan dari 7 Mac dan seterusnya
- Dewasa (12 tahun ke atas): RM 188
- Warga emas (60 tahun ke atas): RM 138
- Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 98
Tawaran Eksklusif Pas Tahunan (Diskaun 10% dari harga biasa)
- Dewasa (12 tahun ke atas): RM 169.20
- Warga emas (60 tahun ke atas): RM 124.20
- Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 88.20
Tawaran Kumpulan Khas
Terpakai untuk Tawaran Pembeli Awal dan harga Bufet Flavours of Nusantara biasa
- Beli 10 pas bufet Ramadhan untuk mendapatkan 1 pas bufet PERCUMA!
Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain atau tawaran Pas Tahunan
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin memulakan pengalaman unik sebelum menjamu selera, LEGOLAND Malaysia menawarkan lawatan ke SEA LIFE Malaysia dari jam 4 petang hingga 6 petang dengan tambahan hanya RM30 seorang. Dengan lebih daripada 13,000 hidupan laut dan pelbagai pameran interaktif, ia merupakan peluang hebat untuk meneroka keindahan dunia marin sebelum menikmati bufet.

Jika anda teruja untuk mencubanya, anda boleh mula menempah sekarang untuk menikmati malam penuh keunikan bersama keluarga dan rakan-rakan. Hubungi +607 597 8888 atau e-mel ke [email protected] untuk tempahan dan maklumat lanjut.