Mi Sedaap Memperkenalkan Menu Mi Segera Baharu, Korean Spicy Chicken
Lina Rosli
Jika anda peminat mi segera dan suka cabaran rasa pedas, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken mungkin akan jadi kegemaran baharu anda. Menggabungkan rasa ayam pedas berempah dengan keunikan cita rasa Korea, mi segera ini hadir dalam dua variasi – goreng dan berkuah.
Mi Sedaap menjanjikan pengalaman rasa yang menggoda dengan tekstur mi kenyal dan kuah pedas menyengat. Bagi yang suka mi goreng, setiap suapan memberikan keseimbangan antara kepedasan dan rasa umami yang kaya, manakala bagi yang memilih versi berkuah, anda boleh menikmati kepedasan yang lebih menyerap ke dalam kuah, memberikan sensasi yang lebih ‘kick’.


Lebih menarik, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken boleh dipadankan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti ayam goreng rangup, telur separuh masak, kimchi atau makanan laut bagi menambahkan keenakan rasa.
Sama ada anda menikmatinya sebagai hidangan utama atau makanan ringan di tengah malam, mi ini pasti tidak mengecewakan.
Dari segi pembungkusan, Mi Sedaap menawarkan dua pilihan pembungkusan – sama ada pek bundle lima bungkus dan juga pek cawan bagi yang mahukan mod penyediaan makanan yang mudah. Kedua-duanya mudah didapati di pasaraya dan kedai serbaneka tempatan.

Jika anda ingin mencuba sendiri kehebatan rasanya, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken dijual pada harga RM6.99 untuk pek bundle.
Jadi, adakah anda cukup berani untuk mencuba mi segera pedas berapi ini?