Continental Menawarkan Pilihan Tayar Khusus Untuk Kenderaan Elektrik – Untuk Pemanduan Lebih Yakin dan Lestari
Lina Rosli
Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kenderaan elektrik (EV) dilihat semakin berkembang di Malaysia – yang mana ia disasarkan akan mencapai 20% daripada jumlah volum industri (TIV) menjelang 2030.
Menurut Portal Data Terbuka Rasmi Malaysia, jumlah EV di jalan raya telah meningkat dengan ketara, daripada lebih 3,000 unit pada 2022 kepada lebih 13,300 unit pada 2023, dan hampir 22,000 unit pada 2024. Dan bagi menyokong pertumbuhan penggunaan EV di Malaysia, kerajaan juga menyasarkan pemasangan 10,000 pengecas EV di seluruh negara menjelang tahun 2025.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan pengalaman pemanduan EV yang selesa dan selamat, pemilihan tayar yang tepat adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan.

Continental, jenama tayar global yang terkenal dengan inovasi dan teknologi canggih, terus menerajui penyelesaian tayar mesra EV yang direka untuk meningkatkan prestasi, keselamatan dan kecekapan tenaga.
Dengan pengalaman lebih sedekad dalam pembangunan tayar EV, Continental memastikan setiap model tayarnya sesuai untuk kenderaan elektrik dan mampu memenuhi keperluan khusus seperti kapasiti beban lebih tinggi, bunyi yang lebih senyap serta daya cengkaman yang optimum.
Tayar Continental: Padanan Sempurna untuk EV
Tidak seperti kenderaan biasa, EV mempunyai berat lebih tinggi akibat bateri serta memerlukan tayar dengan rintangan pergerakan rendah bagi memaksimumkan kecekapan tenaga. Bagi memenuhi keperluan ini, Continental menawarkan beberapa model tayar terbaik untuk pemandu EV:
- SportContact SC7 – Untuk pemanduan berprestasi tinggi dengan kawalan maksimum.
- MaxContact MC7 – Dilengkapi dengan teknologi kawalan dan pengendalian tepat.
- UltraContact UC7 – Menawarkan keselesaan dan cengkaman luar biasa, terutamanya di permukaan basah.
- ComfortContact CC7 – Dicipta untuk pengalaman pemanduan senyap dan selesa.
- EcoContact EC6/EC6 Q – Menonjol dengan kecekapan tenaga maksimum, membantu mempertingkatkan jarak perjalanan EV dengan sekali cas.

Menurut Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, jenama ini komited untuk menerajui pasaran dengan penyelesaian tayar inovatif yang bukan sahaja meningkatkan prestasi tetapi juga memenuhi keperluan sistem pemanduan alternatif. Teknologi tayar Continental disesuaikan untuk pelbagai jenis kenderaan, termasuk hibrid dan EV sepenuhnya.
Kelebihan Teknologi Continental untuk EV
Antara faktor yang menjadikan tayar Continental sebagai pilihan utama untuk EV ialah teknologi noise breaker yang mengurangkan bunyi jalan – sekaligus memastikan pengalaman pemanduan lebih senyap dan selesa.
Selain itu, tayar Continental yang digunakan sebagai Original Equipment (OE) untuk pengeluar seperti BMW, BYD, Kia, Mercedes-Benz, Renault, Smart dan Volvo membuktikan kredibilitinya dalam industri EV global.

Bagi pemilik EV, pemilihan tayar bukan sekadar soal jenama tetapi juga melibatkan aspek seperti indeks beban, daya cengkaman dan kecekapan tenaga. Dengan tayar yang sesuai, pemanduan bukan sahaja lebih lancar tetapi juga membantu memanjangkan jangka hayat bateri dan meningkatkan prestasi keseluruhan kenderaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tayar Continental yang serasi dengan EV dan mencari padanan terbaik untuk kenderaan anda, layari Continental Tires Malaysia.