OATSIDE Memperkenalkan Susu Oat Protein Baharu Yang Mengandungi 20g Protein, Tiada Gula Tebu Tambahan

February 14, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Jika anda sedang mencari susu oat dengan kandungan protein yang tinggi, kini OATSIDE memperkenalkan OATSIDE Protein – merupakan minuman berasaskan tumbuhan dengan 20g protein, hanya 2g lemak, dan tanpa gula tebu tambahan.

Menurut Malaysia Recommended Nutrient Intake (MRNI), setiap orang dewasa yang sihat disarankan mengambil 1g protein bagi setiap kg berat badan.

Terutamanya jika anda aktif bersukan atau ingin membina otot, keperluan protein mungkin lebih tinggi. Ini kerana pengambilan protein dalam hidangan biasa sahaja tidak mencukupi. Ini kerana selain untuk tenaga, protein juga penting untuk membaiki tisu, mengekalkan jisim otot dan menyokong sistem imun.

Apa Yang Menarik Pada OATSIDE Protein?

OATSIDE Protein diformulasikan khas untuk memenuhi keperluan gaya hidup aktif sambil mengatasi isu rasa yang sering dikaitkan dengan minuman protein. Sebagai perbandingan, menikmati satu hidangan OATSIDE Protein bersamaan dengan pengambilan 3 biji telur mengandungi 20g protein dan 15g lemak.

Untuk pengetahuan anda juga, protein dalam OATSIDE Protein berasal daripada protein kacang pis bukan-GMO yang telah bercambah, dimana protein diekstrak melalui proses perendaman dalam air, tanpa menggunakan kaedah pemprosesan kasar seperti hidrolisis asid.

OATSIDE Protein juga mengandungi kesemua 9 asid amino penting dan lebih daripada 3,000mg Branched Chain Amino Acids (BCAA). Proses percambahan juga menjadikan protein lebih mudah dihadam dan lebih berkesan untuk diserap oleh tubuh.

Dua Perisa OATSIDE Protein: Vanilla dan Coklat

Bagi yang berminat untuk mencubanya, OATSIDE Protein hadir dalam dua perisa yang pasti memenuhi citarasa anda iaitu vanila dan coklat yang dibungkus dalam pek minuman 250ml.

OATSIDE Protein kini boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka termasuk Qra, MyNews, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, AEON Big, CU Mart, Ben’s Independent Grocer, Lotus’s, dan Family Mart.

Sekiranya anda lebih gemar membeli secara atas-talian, anda juga boleh mendapatkannya di Shopee, Lazada, dan platform TikTok OATSIDE.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd