Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit – Menawarkan Empat Teknologi Terkini Dalam Satu Kasut
Lina Rosli
Skechers melancarkan koleksi terbaharu untuk kasut berjalan yang lebih selesa iaitu Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit. Koleksi ini menggabungkan empat inovasi utama dalam satu kasut seperti Hands Free Slip-ins, Arch Fit, Max Cushioning dan HYPER ARC – menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan pengalaman berjalan dengan selesa.
Untuk teknologi Hands Free Slip-ins, ia membolehkan si pemakai menyarung kasut dengan mudah tanpa perlu membongkok atau menyentuhnya. Menerusi ciri ini, proses pemakaian menjadi lebih praktikal bagi mereka yang sentiasa bergerak pantas.

Sementara teknologi Arch Fit pula memberikan sokongan podiatri yang direka berdasarkan 20 tahun kajian imbasan kaki. Seterusnya, Skechers turut hadir dengan penawaran teknologi Max Cushioning memastikan keselesaan sepanjang hari dengan tapak ultra ringan berprestasi tinggi.
Akhir sekali, menjadi pelengkap kasut Skechers adalah teknologi HYPER ARC yang memastikan setiap langkah menjadi lebih lancar dan cekap.
Pilihan Kasut Skechers Untuk Lelaki Dan Wanita
Kini boleh didapati secara atas talian dan di butik konsep Skechers terpilih, koleksi ini menawarkan tujuh rekaan berbeza merangkumi dua siri utama, sesuai untuk lelaki dan wanita yang mengutamakan keselesaan sepanjang hari. Dengan lebih banyak pilihan warna dan reka bentuk yang bakal diperkenalkan pada Mac 2025, Skechers membawakan kesempurnaan dalam setiap langkah.
Untuk wanita, koleksi ini menampilkan pilihan warna moden seperti Black Grey, Aqua Navy dan Lavender, dilengkapi dengan bahagian atas engineered knit yang lembut serta kusyen khas tumit yang eksklusif untuk keselesaan maksimum.

Bagi lelaki pula, reka bentuk kasut menampilkan bahan mesh bernafas dengan cetakan getaran, menjadikannya lebih tahan lama. Pilihan warna yang ditawarkan adalah seperti Taupe, Charcoal, Red, Black, White Navy dan White Black memastikan setiap gaya peribadi dapat diserlahkan.

Selain siri Slip-ins, Skechers turut memperkenalkan GOwalk Max Cushioning Arch Fit tanpa ciri Hands Free Slip-ins, sesuai untuk mereka yang lebih gemar kasut bertali. Model ini boleh didapati dalam warna hitam, merah, biru gelap dan juga warna hitam putih dengan ciri machine-washable serta tapal Arch Fit yang boleh ditanggalkan untuk sokongan yang lebih baik.


Bagi yang berminat, koleksi Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit kini boleh didapati di butik konsep Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama Shopping Centre.
Untuk pembelian atas talian pula, kasut ini boleh didapati di Shopee, Lazada, dan laman web rasmi Skechers Malaysia.