ZUS Coffee Berkongsi Makna Di Sebalik Rekaan Logo Dan Elemen Visual ZUS Signature

February 17, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Bagi yang pernah berkunjung ke ZUS Signature, pastinya anda telahpun melihat perbezaan yang ditampilkan oleh syarikat Zuspresso (M) Sdn. Bhd. pada kedai konsep mereka ini – jika dibandingkan dengan rangkaian fizikal ZUS Coffee yang biasa.

Untuk pengetahuan anda, ZUS Signature bukan sekadar tempat untuk menikmati kopi, tetapi juga manifestasi gaya hidup moden dan elegan yang memfokuskan kepada seni rekaan minimalis.

Berbeza dengan kafe ZUS Coffee yang biasa, ZUS Signature hadir dengan elemen daripada reka bentuk visual yang tersendiri – tidak menggunakan logo ZUS biasa yang berwarna biru.

Jenama ini dilihat hadir dengan rekaan kedai yang lebih bersih yang mana menggunakan warna monokromatik hitam dan putih krim serta memperlihatkan penggunaan logo baharu yang hanya menggunakan tipografi “Z” pada cawan minuman dan juga pek pembungkusan yang lain.

Reka Bentuk Ikonik dan Minimalis

Salah satu aspek yang paling menarik perhatian di ZUS Signature adalah garisan serong 55° yang diilhamkan daripada huruf “Z” yang ikonik. Garisan ini tidak hanya berfungsi sebagai elemen estetik, tetapi juga sebagai simbol pergerakan dan kemajuan teknologi yang mencerminkan komitmen jenama dalam sentiasa menampilkan inovasi baharu untuk setiap barisan produk mereka.

Setakat ini, elemen garisan dan juga logo “Z” ini digunakan pada rekaan cawan eksklusif dan juga beg kertas mereka – yang mana masing-masing menampilkan warna latar belakang berwarna putih yang bersih dengan logo “Z” hitam tebal.

Menurut ZUS juga, pemilihan warna monokrom ini bertujuan untuk menjadikan fokus pelanggan bukan pada rekaan beg ataupun cawan, tetapi pada kopi yang dipilih.

ZUS Signature Menggunakan Hanya Biji SOE

Di sebalik rekaan visual yang moden, ZUS Signature juga menawarkan pengalaman kopi yang tiada tandingan.

Untuk setiap cawan yang dipesan, ZUS Signature menggunakan biji kopi Single Origin Espresso (SOE) yang hadir dengan rasa dengan nota yang berani untuk Americano, dan juga rasa yang halus dan berkrim untuk minuman Spanish Latté.

Bagi yang ingin mencuba, anda boleh memilih sama ada ingin mendapatkan kopi dengan rasa yang lebih fruity menerusi SOE Ethiopia ataupun kopi dengan nota yang menggabungkan rasa masam dan kekacang menerusi SOE Brazil.

Lokasi Strategik Untuk Meraikan Momen Baharu

Bagi anda yang ingin berkunjung ke ZUS Signature, ia terletak di dua lokasi strategik yang mudah diakses, memastikan setiap momen istimewa anda dapat disempurnakan dengan sentuhan keanggunan yang unik. Anda boleh menemui ZUS Signature di Sunway Pyramid (Oasis Entrance) dan juga Taman Paramount.

Nikmati setiap detik, dan biarkan ZUS Signature membawa anda ke dunia di mana keanggunan, inovasi, dan kopi berkualiti tinggi berpadu dalam harmoni sempurna.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd