Secret Recipe Kembali Dengan Menu Nasi Kerabu Istimewa Sempena Ramadan – Tahun Ini Menampilkan Pilihan Ayam Goreng Berempah Kegemaran Mira Filzah

February 18, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Untuk Ramadan 2025 ini, Secret Recipe menghadirkan sesuatu yang baharu untuk para penggemar menu Ramadan mereka iaitu Nasi Kerabu Ayam Berempah, pilihan istimewa yang dibawakan bersama selebriti terkenal, Mira Filzah.

Setelah kejayaan menu Nasi Kerabu pada tahun lalu, Secret Recipe kembali dengan kelainan yang pasti memikat hati ramai.

Nasi Kerabu Ayam Berempah ini bukan sahaja menyajikan rasa yang penuh cita rasa, tetapi juga menghadirkan gabungan rempah yang memukau. Ayam berempah yang disajikan dengan nasi kerabu ini digoreng dengan sempurna, memberikan rasa rangup di luar dan lembut di dalam, menambah kelazatan setiap suapan.

Tidak lengkap menu ini tanpa pelengkap hidangan yang istimewa iaitu Kerabu Udang dan juga Kerabu Ayam yang memberikan kesegaran, menjadikan starters ini pilihan yang tepat untuk berbuka puasa.

Dengan harga yang berpatutan iaitu RM56.80 untuk set 2 orang manakala RM80.80 untuk set 3 orang, Secret Recipe membawakan hidangan istimewa ini sepanjang bulan Ramadan bermula pada 1 Mac 2025 yang mana menu ini boleh didapati di semua rangkaian Secret Recipe di seluruh Malaysia kecuali di AEON Taiping.

Jika tahun lalu anda sudah jatuh cinta dengan Nasi Kerabu Secret Recipe, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Nasi Kerabu Ayam Berempah yang istimewa ini.

Pastikan untuk mengunjungi cawangan terdekat atau membuat pesanan atas-talian untuk menikmati hidangan ini di rumah.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd