Raikan Ramadan & Syawal Tahun Ini Bersama Nespresso Vertuo Pop Candy Pink
Lina Rosli
Bulan Ramadan dan Syawal bukan sekadar tentang juadah enak dan perayaan penuh warna, tetapi juga merupakan waktu untuk individu melakukan refleksi tidak kira sama ada dalam hubungan mahupun untuk diri sendiri.
Bagi mengimarahkan lagi sambutan bulan-bulan mulia ini, Nespresso membawa pengalaman kopi ke tahap lebih eksklusif dengan koleksi ‘Unforgettable Taste’ yang menjanjikan nikmat rasa yang tidak dapat dilupakan.

Vertuo Pop Candy Pink: Gabungan Gaya & Inovasi
Bintang utama koleksi ini ialah Nespresso Vertuo Pop Candy Pink (RM899), mesin kopi kompak dengan teknologi Centrifusion – memastikan setiap cawan kopi diseduh dengan sempurna hanya dengan satu sentuhan butang.
Menampilkan rekaan anggun dan dipadankan bersama rona merah jambu yang menawan, ia bukan sekadar alat penyediaan kopi, tetapi juga aksesori gaya hidup yang menambah sentuhan eksklusif ke ruang dapur atau pejabat anda.
Kopi Edisi Terhad Untuk Detik Istimewa
Untuk menambah keunikan pengalaman kopi Ramadan dan Syawal anda, Nespresso memperkenalkan tiga ciptaan kopi eksklusif yang memikat selera:
- Vertuo Barista Creations White Chocolate Strawberry (RM5.00 setiap kapsul) – Adunan premium Arabika dari Brazil dan Colombia yang menggabungkan rasa coklat putih baldu dengan nota strawberi segar. Paling sempurna dinikmati sebagai Reverso berkrim atau sejuk berais untuk sentuhan menyegarkan.
- Original Arpeggio Extra (RM3.30 setiap kapsul) – Kopi Arabika yang kaya dengan tekstur berkrim serta nota koko yang mendalam. Dengan kandungan kafein 60% lebih tinggi daripada Arpeggio klasik, ia pilihan terbaik untuk menghidupkan pagi sahur dengan tenaga tambahan.
- Stormio Go (RM5.00 setiap kapsul) – Pilihan mantap bagi penggemar kopi yang inginkan sesuatu yang lebih intens. Dibuat daripada biji Arabika dari Nicaragua dan Guatemala, ia menampilkan rasa bijirin, rempah, dan kayu yang memberi kehangatan di setiap tegukan.

Bukan itu sahaja, sama ada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah buat yang tersayang, Nespresso turut menawarkan set hadiah eksklusif yang sesuai untuk musim perayaan:
- Set Hadiah Ikonik Original (RM188.50) – Menawarkan Touch Travel Mug edisi terhad dalam warna ungu ikonik, kapsul Arpeggio dan Arpeggio Extra, sesuai untuk mereka yang menggemari kopi berperisa pekat.
- Set Hadiah Vertuo Candy Pink (RM207.50) – Padanan Terracotta Travel Mug dengan kapsul White Chocolate Strawberry serta Colombia, pilihan sempurna bagi pencinta kopi beraroma.

Koleksi eksklusif ‘Unforgettable Taste’ Ramadan & Syawal ini boleh didapati secara atas talian dan di butik Nespresso bermula 17 Februari 2025. Jadi, nikmati Ramadan dan Raya dengan lebih bermakna -dengan setiap tegukan kopi yang penuh kenangan.