Acer Malaysia Perkenal Acerpure CHEF KF1 – Penggoreng Kering Dan Periuk Masak 2-Dalam-1
Lina Rosli
Acer Malaysia melancarkan peranti dapur terbaru mereka, Acerpure CHEF KF1 yang menggabungkan fungsi penggoreng kering (air fryer) dan periuk memasak dalam satu peranti.
Dengan rekaan inovatif yang menjimatkan ruang, masa dan tenaga, peranti ini direka untuk memenuhi pelbagai keperluan memasak pengguna moden.
Acerpure CHEF KF1 hadir dengan kapasiti 5.5L sebagai penggoreng kering mampu memuatkan lebih daripada tujuh ketul peha ayam.
Keunikan peranti ini terletak pada bakul kaca tahan haba yang membolehkan pengguna memantau proses memasak secara 360° tanpa perlu membuka laci. Bukan itu sahaja, bakul kaca ini juga direka untuk mencegah penyerapan bau, menjadikan pengalaman memasak lebih menyenangkan.

Selain itu, Acerpure CHEF KF1 turut dilengkapi dengan dulang penapis minyak berteknologi tinggi yang mempunyai 390 lubang penyaliran berketumpatan tinggi bagi mengurangkan lebihan lemak – memastikan hidangan lebih sihat dengan kurang kalori.
Dari segi prestasi memasak, teknologi 360° TurboHeat memastikan udara panas diedarkan pada kelajuan lebih 3,000 putaran per minit sekaligus menghasilkan makanan yang lebih rangup dan enak dengan kaedah memasak yang lebih sihat.


Lebih daripada sekadar penggoreng kering, bahagian pemanasan Acerpure CHEF KF1 boleh dipusingkan 180 darjah untuk menukar fungsi kepada periuk memasak 2.5L yang tidak melekat, sesuai untuk merebus, menumis dan memanggang.
Dan dengan satu gerakan mudah, peranti ini bertukar menjadi periuk memasak tanpa memerlukan anda beralih ke peranti yang lain untuk memasak. Apa yang menarik, reka bentuknya juga mudah dicuci tanpa sudut tersembunyi juga memudahkan proses pembersihan.
Bagi memudahkan penyediaan makanan, Acerpure CHEF KF1 turut dilengkapi dengan lima mod memasak pintar, membolehkan pengguna memilih tetapan memasak dengan satu sentuhan sahaja untuk menghasilkan hidangan berkualiti restoran di rumah.

Selain bakul penggoreng kering, dulang penapis minyak dan periuk memasak tidak melekat, pakej Acerpure CHEF KF1 turut merangkumi penyepit makanan dan sarung tangan tahan haba untuk memudahkan pengguna memulakan perjalanan kulinari mereka.
Bagi yang berminat, Acerpure CHEF KF1 ditawarkan pada harga RM799. Bagi pelanggan yang melakukan pra-tempah melalui kedai Acer eStore, kedai rasmi Acerpure di Shopee, serta kedai fizikal seperti Senheng dan One Living – anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga promosi iaitu RM499 bermula dari 25 Februari 2025 hingga 1 Mac 2025.