UNIQLO 25SS Denim – Koleksi Denim Untuk Semua Gaya Dan Generasi

February 24, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Denim bukan sekadar fabrik, ia adalah simbol gaya yang tidak lapuk dek zaman. Dengan kehadiran koleksi terbaru UNIQLO 25SS ‘Denim for All’, jenama fesyen global ini membawakan seleksi denim yang lebih moden, selesa dan sesuai untuk semua peringkat umur serta gaya hidup.

Koleksi ini mengetengahkan konsep denim-on-denim yang mudah digayakan, menjadikan ia pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan penampilan yang minimalis tetapi tetap bergaya.

Menurut UNIQLO, koleksi 25SS Denim ini merangkumi pelbagai jenis pakaian denim termasuk jeans, kemeja, jaket dan seluar pendek yang direka untuk melengkapi pelbagai gaya dan keperluan.

Sama ada anda gemarkan potongan longgar yang santai atau rekaan lebih slim dan kemas, koleksi ini menawarkan kepelbagaian pilihan untuk lelaki dan wanita. Antara pilihan utama termasuk:

  • Wide Tapered Jeans (RM149.90) – Memberikan keseimbangan antara gaya moden dan keselesaan.
  • Wide Straight Jeans (RM149.90) – Potongan klasik yang sesuai untuk pelbagai acara.
  • Drapey Wide Flare Jeans (RM149.90) – Memberikan sentuhan elegan dan sesuai untuk gaya kasual atau semi-formal.
  • Denim Work Shorts (RM99.90) & Denim Bermuda Shorts (RM129.90) – Untuk gaya santai tetapi tetap kemas.
  • Denim Oversized Jacket (RM199.90) & Denim Overshirt (RM129.90) – Pilihan ideal untuk tindanan baju yang menarik.

Bagi yang berminat, koleksi UNIQLO 25SS ‘Denim for All’ kini boleh didapati di semua cawangan UNIQLO dan secara atas-talian.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd