Pengalaman Memasak Ayam Masak Kicap Menggunakan Acerpure Chef KF1 2-Dalam-1

February 25, 2025
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Bila tiba musim raya, antara menu wajib yang mesti ada di atas meja ialah Ayam Masak Kicap – resepi turun temurun daripada nenek moyang.

Biasanya, proses memasak menu ini agak leceh. Mana tidaknya, sebelum mula menumis, anda perlu menggoreng ayam terlebih dahulu di dalam minyak yang banyak – ini bagi memastikan ayam yang digoreng garing. Setelah itu, barulah mula menumis dengan kicap dan rempah.

Namun, apabila bergerak ke zaman moden ini, saya boleh katakan hampir semua perkara boleh ditambah-baik dengan kehadiran teknologi.

Untuk pengetahuan anda, Acer Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan peranti dapur terbaru mereka, Acerpure CHEF KF1 yang menggabungkan fungsi penggoreng kering (air fryer) dan periuk memasak dalam satu peranti.

Dengan rekaan inovatif yang menjimatkan ruang, masa dan tenaga, peranti ini direka untuk memenuhi pelbagai keperluan memasak pengguna moden. Acerpure CHEF KF1 hadir dengan kapasiti 5.5L sebagai penggoreng kering mampu memuatkan lebih daripada tujuh ketul peha ayam.

Keunikan peranti ini terletak pada bakul kaca tahan haba yang membolehkan pengguna memantau proses memasak secara 360° tanpa perlu membuka bakul tersebut. Bukan itu sahaja, bakul kaca ini juga direka untuk mencegah penyerapan bau, menjadikan pengalaman memasak lebih menyenangkan.

Dua Dalam Satu – Sebagai Air Fryer Atau Periuk Memasak

Acerpure Chef KF1 adalah peralatan memasak moden yang direka untuk memberikan pengalaman memasak lebih sihat dan praktikal. Dilengkapi dengan bakul kaca penggoreng kering yang diperbuat daripada Borosilicate Glass, ia menawarkan ketahanan tinggi terhadap suhu panas dan perubahan mendadak, menjadikannya lebih tahan lama berbanding kaca biasa.

Selain itu, periuk memasaknya menggunakan lapisan Nonstick Coating, memastikan makanan tidak mudah melekat dan memudahkan proses pembersihan.

Melengkapkannya adalah Smart Cooking Modes yang membolehkan pengguna memilih mod memasak yang sesuai untuk pelbagai jenis hidangan. Dengan hanya satu sentuhan, anda boleh mengoptimumkan suhu dan masa memasak mengikut kategori makanan berikut:

  • Frying – Menggoreng dengan lebih sihat menggunakan teknologi penggoreng kering.
  • Meat – Memasak daging dengan sempurna, mengekalkan kelembapan dan rasa.
  • Seafood – Menyediakan makanan laut dengan tekstur yang enak tanpa risiko terlalu masak.
  • Baking – Membakar dengan sekata untuk hasil yang lebih sempurna.
  • Vegetable – Memasak sayur-sayuran sambil mengekalkan khasiat dan warna asli.

Dengan ciri ini, memasak menjadi lebih mudah dan efisien tanpa perlu meneka suhu atau masa yang sesuai.

Menyediakan Ayam Masak Kicap Menggunakan Acerpure Chef KF1

Jika sebelum ini, sewaktu saya menggunakan kuali biasa, proses biasa yang perlu dilakukan adalah menunggu kuali panas sebelum meletakkan minyak yang mencukupi untuk menggoreng. Sama juga apabila menggunakan Acerpure Chef KF1, cuma masa menunggunya lebih pendek, selain anda tidak perlu menggunakan minyak yang banyak.

Bukan itu sahaja, menggunakan Acerpure Chef KF1 juga, saya hanya perlu masukkan ayam ke dalam bakul kaca, tetapkan suhu, dan biarkan ia masak sendiri.

Hasilnya? Ayam lebih garing di luar, tetapi masih juicy di dalam – dan yang paling penting, tidak perlu menggunakan minyak yang banyak. Malah, sekitar dapur juga semakin kurang berminyak – dan juga tidak mengeluarkan bau gorengan yang ekstrem sehingga melekat di baju.

Jika anda tanya, adakah ayam yang dimasak menggunakan Acerpure Chef KF1 ini dimasak dengan sekata? Jawapannya, ya kerana

Sewaktu menggoreng, anda boleh menetapkan sendiri suhu yang ingin digunakan. Dan cadangan suhu yang sesuai untuk memasak ayam adalah sekitar 190-200 darjah Celsius. Disebabkan ia dimasak di dalam ruang yang tertutup, maka haba yang dihasilkan beredar secara sekata. Maka kelebihan penggoreng kering dari Acerpure ini sedikit sebanyak membantu anda mengurus proses memasak dengan lebih efisien.

Selain itu, salah satu kelebihan yang saya suka ialah kaca lutsinar pada Acerpure Chef KF1 yang memudahkan saya untuk memantau ayam tanpa perlu buka bakul kaca.

Jika anda tidak ingin menggunakan bakul kaca, anda juga boleh menterbalikkan bahagian pemanas dan mengubahnya menggunakan periuk memasak. Hanya letakkan periuk nonstick yang tersedia bersama penggoreng kering ini, tetapkan suhu dan masukkan minyak – kemudian anda boleh mula menggoreng.

Seterusnya, untuk menyediakan ayam masak kicap, anda boleh menumis bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah dihiris halus sehingga naik bau – menggunakan pan yang sama sewaktu menggoreng ayam.

Kemudian, masukkan kayu manis, bunga lawang dan cili kisar untuk menambahkan rasa pedas serta aroma yang lebih harum. Setelah cili masak dan pecah minyak, tambahkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Gaulkan sebati sebelum menuangkan kicap manis dan sedikit sos tiram untuk menambahkan rasa.

Biarkan ayam meresap dalam kuah kicap, dan tambahkan sedikit air jika perlu. Akhir sekali, taburkan bawang besar yang dihiris serta cili merah untuk memberikan sedikit tekstur dan warna pada hidangan. Biarkan mendidih seketika sebelum diangkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Acerpure Chef KF1 – Mudah Dibersihkan, Tidak Perlu Menggunakan Banyak Periuk

Adakah anda salah seorang yang tidak gemar akan proses mencuci dan membersihkan periuk selepas memasak?

Jika ya, dengan Acerpure Chef, anda hanya perlu mencuci dua bekas sahaja – iaitu bakul kaca dalamannya dan juga periuk nonstick.

Borosilicate Glass terkenal dengan ketahanan haba dan juga senang dibersihkan kerana tidak mudah menyerap minyak dan sisa makanan. Anda hanya perlu:

  • Biarkan bakul sejuk sepenuhnya sebelum mencuci bagi mengelakkan kejutan suhu yang boleh menyebabkan keretakan.
  • Gunakan span lembut atau kain microfiber bersama sabun pencuci pinggan untuk membersihkan permukaan.
  • Bilas dengan air suam untuk menghilangkan sisa minyak dan makanan.
  • Jika terdapat kotoran yang melekat, rendam dalam air suam selama 10-15 minit sebelum mencuci.
  • Lap kering sebelum disimpan untuk mengelakkan kesan air atau bau yang tidak diingini.

Sementara untuk periuk:

  • Pastikan periuk sejuk sebelum dicuci untuk mengelakkan kerosakan pada lapisan nonstick.
  • Gunakan span lembut dan sabun pencuci pinggan yang lembut untuk membersihkan permukaan.
  • Jika terdapat sisa makanan yang melekat, rendam dalam air suam selama beberapa minit sebelum mencuci.
  • Bilas sehingga bersih dan lap kering dengan kain lembut.

Secara keseluruhan, memasak Ayam Masak Kicap dengan Acerpure Chef KF1 bukan sahaja lebih mudah dan cepat, tapi juga lebih sihat dan menjimatkan tenaga. Mana tidaknya, kini anda tidak perlu risau dapur bersepah, minyak terpercik di dinding, ataupun ayam yang tidak masak sekata.

Dengan satu peranti, semuanya boleh dilakukan dalam masa yang lebih singkat. Bagi yang berminat, Acerpure CHEF KF1 ditawarkan pada harga RM799. Bagi pelanggan yang melakukan pra-tempah melalui kedai Acer eStore, kedai rasmi Acerpure di Shopee, serta kedai fizikal seperti Senheng dan One Living – anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga promosi iaitu RM499 bermula dari 25 Februari 2025 hingga 1 Mac 2025.

Beli Acerpure Chef KF1 2-in-1 hari ini di https://bit.ly/418q6FE

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd