Hada Labo Cipta Rekod Malaysia Dengan Demonstrasi Pembersihan Solekan Terbesar

February 27, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Hada Labo, jenama penjagaan kulit terkemuka dari Jepun, telah mencatat pencapaian bersejarah apabila menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Penyertaan Paling Ramai dalam Acara Demonstrasi Penanggalan Solekan’.

Acara ini menyaksikan seramai 250 peserta berkumpul untuk menanggalkan solekan menggunakan Hada Labo Hydrating Cleansing Oil, sebelum melengkapkan rutin pembersihan dengan Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash.

Demonstrasi ini bukan sahaja membuktikan keberkesanan produk pembersihan Hada Labo, tetapi juga mengukuhkan komitmen jenama terhadap pendidikan penjagaan kulit yang betul. Dengan sokongan Watsons Malaysia sebagai rakan kerjasama, acara ini berjaya menetapkan penanda aras baharu dalam industri kecantikan.

Sebagai tumpuan utama acara ini, Hada Labo Hydrating Cleansing Oil menonjol dengan formulasi yang mampu menanggalkan solekan dan kotoran dengan lembut tanpa mengeringkan kulit.

Diperbuat daripada lima jenis minyak berkualiti tinggi seperti minyak zaitun, jojoba, macadamia, rosehip dan biji moringa, ia membantu membersihkan kulit secara mendalam sambil mengekalkan kelembapan semula jadi.

Selepas menggunakan minyak pembersih ini, peserta melengkapkan rutin mereka dengan Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash yang mengandungi asid hialuronik, resveratrol, niacinamide, vitamin C dan E bagi membantu mengekalkan kelembapan serta menyerikan kulit.

Bagi meraikan pencapaian ini, Hada Labo menawarkan promosi khas dari 6 Mac hingga 14 April 2025 di semua cawangan Watsons Malaysia:

  • Rebat segera RM10 dengan pembelian minimum RM100 untuk produk Hada Labo
  • Diskaun 20% untuk Hydrating Cleansing Oil dan tambahan 5% untuk ahli Watsons
  • Diskaun 30% untuk Hydra & Whitening Face Wash sebagai tawaran Pembelian dengan Pembelian (PWP)

Tawaran ini terhad untuk masa tertentu, memberikan peluang kepada pengguna untuk menikmati kehebatan produk Hada Labo dengan harga lebih berpatutan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd