Gigi Coffee Tawar Diskaun 10% Untuk Semua Minuman – Jika Anda Daftar Sebagai Pengguna Korporat Atau Pelajar
Lina Rosli
Jika anda salah seorang yang sentiasa memerlukan secawan minuman untuk terus bertenaga, Gigi Coffee kini menawarkan sesuatu yang istimewa buat anda – penawaran diskaun istimewa bagi setiap kali pembelian minuman menerusi aplikasi pesanan Gigi.
Dengan hanya mendaftar sebagai pengguna akaun korporat atau akaun pelajar, anda boleh menikmati diskaun 10% untuk semua minuman – tanpa perlu memasukkan sebarang kod promo.

Bagaimana Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengguna Akaun Korporat Atau Pelajar?
- Muat turun Gigi App di telefon pintar anda.
- Daftar sebagai pengguna korporat atau pelajar dengan mengesahkan butiran yang diperlukan.
- Nikmati diskaun 10% secara automatik setiap kali anda membuat pembelian minuman melalui aplikasi.

Selepas anda mendaftar, aplikasi ini akan menghantar emel pengesahan kepada pengguna untuk mula mengaktifkannya sebagai akaun korporat ataupun pelajar. Harus diingatkan, status akan ini hanya sah selama 3 bulan sahaja, dan perlu diperbaharui setiap kali tamat tempoh.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Daftar sekarang dan nikmati keistimewaan sebagai pengguna akaun korporat atau pelajar hari ini!